Assalamualaikum dan hai semua.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain."
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Entry kali ini, aku cerita pengalaman aku dan keluarga disahkan positif Covid-19. Ujian aku dan keluarga untuk tahun 2021.
Aku sekeluarga dapat jangkitan Covid-19 dari tempat kerja dimana ayah aku terkena jangkitan di tempat kerja beliau. Pertama sekali, ayah aku demam, pergi KK untuk dapat rawatan (demam jangkitan kuman/air kencing kotor) perkara biasa sbb mmg dari dulu lagi ayah kalau demam, Doktor bagi antibiotik. Dalam masa yg sama, Doktor pesan buat swab test Covid-19. Then, pergi bahagian swab test dekat KK, nurse cakap tak boleh buat kalau tak ada close contact.
Keesokannya:-
29/9 : Ayah buat ujian covid-19 guna test kit (RCT) keluar result 2 line (positif). Terus pergi KK tunjuk result. Pihak KK terus buat swab test. Utk result ambil masa 3 hari. So, start hari ni kitaorg satu keluarga tak keluar kemana-mana (self quarantine).
1/10 : Dapat mesej result ayah positif.
2/10 : Ayah kene pergi KK untuk next check up (test B/P, suhu badan, SPO2, nadi etc.). Petang tu pihak KKM datang bawak ayah pergi pusat quarantine.
Dan, pada 2/10 ahli keluarga yg lain pun dah mula ada gejala covid-19.
3/10: Aku dan keluarga yg lain kene pergi KK untuk buat swab test as close contact dgn ayah. Seperti biasa result selepas 3 hari. Dan, start hari ni kitaorg dah kene 'gari' gelang merah sampai 14/10.
 |
'Bergari' gelang merah 😏 |
 |
Swab test oleh pihak KK |
6/10: Result keluar, 5 org positif termasuk aku laa tu😂 1 org negatif (tapi tetap kene quarantine sama dgn kitaorg)
7/10: Yang positif kene pergi KK untuk next check up. Dan disebabkan kitaorg berlima semua positif, pihak KKM bagi quarantine di rumah.
 |
Check up selepas disahkan positif. Kene buat ketuk ketapi selama seminit untuk cek SPO2 level😅 |
So, bermula 8/10 setiap pagi akan dapat morning call dari KK dan juga KKM tanya khabar. Kadang pagi, kadang petang😂. Quarantine di rumah pun, setiap pagi kene whatsapp pihak KK kita punya B/P, suhu badan, kadar SPO2 dan nadi. Mmg dia pantau la.👍
 |
Rutin setiap pagi selepas solat subuh. Cek B/P, SPO2, Suhu badan dan kadar nadi. |
14/10: Potong gelang, cuma gejala masih ada laa sikit-sikit. Nurse bagitahu ambil masa 3 bulan jugak laa nk pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah, sepanjang 14 hari aku dan keluarga bergejala sampai kategori 2A sahaja dan kitaorg semua dah ambik vaksin.
Selepas 14 hari, dah boleh potong gelang dan semakin membaik🤗 Alhamdulillah 🥰
Itu lah serba sedikit pengalaman yang boleh aku kongsi kan dan sebagai coretan hidup untuk simpanan aku. ❤️
Simptom/gejala yang kitaorg rasa, aku akan post untuk next entry ok.
Keep smile, stay safe and healthy🤗
"This is my story and just for keeping as my memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"