Tuesday, July 2, 2019

Asasi Sains Pertanian UPM

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku start cerita aku dgn Asasi, kehidupan aku lepas SPM. Cerita sebelum Asasi aku tak berapa nak ingat, so aku start cerita pasal alam universiti jew la.. Lebih menarik gituuuuu....:p

Apa itu Asasi Sains Pertanian UPM?

Asasi adalah satu lagi peringkat pengajian selepas SPM. Sama jew macam STPM/Matrik/Diploma. So, cerita pasal Asasi Sains Pertanian (Asper) UPM ni, ia agak menarik dan berbeza nak dibandingkan dengan Asasi di Uni lain seperti UM, UIA, UiTM or Matrik as well. 

Actually, before i decided to apply this course, i had surveyed and find out more information about this foundation. Kita semua ade minat masing2, setiap ape yg kita minat, kita kene mulakan dengan pencarian. Mencari ape yg sesuai dengan kita dan terbaik untuk masa depan kita. Selepas SPM, aku habiskan masa aku dengan mentelaah setiap bidang yg ade kat Malaysia ni. Yelaaaa, mase SPM kita belajar jew semua benda yg dihidangkan oleh pihak sekolah. Untuk Asasi or Matrik, kita dah kene start fikir hala tuju kita, apa yg kita minat dan sesuai dengan kebolehan kita. So, after aku surveyed semua benda, baik buruk tu semua, aku decided laa ASPER as my first step to further my study. 

Ok, lets start......

Zaman kitaorg dulu, Asper ni ade 3 sem ok, kalau Asasi lain x silap 2 sem je kut. Kitorg ade extra satu sem tapi pengajiannya satu tahun jugak, sama macam Uni lain. First time aku apply Asper, semua duk tanya aku : ("wei serius ar, mg nk bertani?" "pertanian??" "ala betanam belajar kt rumah boleh".) dan macam-macam lagi laa.. Hello guys, ko ingat aku bo*** sgt. Pertanian ok ape. Huhu... 

Ok, sebenarnya Asper ni satu flatform yg boleh dikatakan 'agak' senang nk melangkah ke degree. Bila korang dh masuk Asper, kuota korang untuk degree dah ade di UPM. Lepasan Asper tidak perlu isi UPU bagai nk apply degree, korang just isi borang yg disediakan oleh pihak UPM je dan pilih lima bidang yg korang minat untuk degree. Tp ingat, pilih kos degree tu biar padan laa dengan result korang. Oh, korang kene sambung degree dalam UPM je tau. So, 5 tahun laa korang bertapa di UPM :)

Waktu Kuliah ASper

Bila korang dah masuk Asper, korang dah jadi mahasiswa/mahasiswi, jadual kuliah pun tak lah pack macam sekolah, ade gap. Dalam sehari, 2-3 kuliah je. Ada kuliah start 8 pagi, ade kuliah start 11 pagi. So, dah ala-ala budak U laa.. Tak soh nak skema sgt laaa. hehehe. Sem 1 sampai Sem 3 waktu kuliah lebih kurang jew.. kalau start awal pagi, kebiasaannya jam 12 or 1 ptg dh habis kuliah. Kalau start 11 pagi, dalam jam 4 or 5 ptg habis kuliah. Kebiasaanya setiap kuliah ada gap tau. Paling minimun 1 jam. So, korang boleh laa lepak dulu kat kafe, makan makan. 



Subjek di ASper

Apa yg korang akan belajar kat Asper lebih kurang sama macam SPM. Susah senang dia (plus minus). Korang akan belajar balik mcm SPM. Tp, bukan semua subjek laa. Ok, antara subjeknya adalah biology,chemistry,physic,mathematics,computer,english and ofcos la agriculture, dah nama pun Asasi Sains Pertanian.. Actually, agriculture ni subjek teras laa, apabila masuk UPM. Degree pun korang wajib ambil subjek ni, tp warga-warga Asperians boleh drop subjek ni bila degree nanti. :p 
Ok tu, antara subjek2 yg korang belajar nanti. Mathematics tu termasuk sekali Addmath tau, jangan buang addmath korang tuuu... Ok, ni aku tolong senaraikan subjek setiap sem ape korang belajar...

sem 1 
  • biology- cell and classification of organisms
  • physics- introduction of mechanics
  • chemistry - inorganic chemistry
  • mathematics - algebra
  • bbi- english for academic purposes 
  • agriculture- introduction of agricultural industry
sem 2
  • biology- structure and function of biology system
  • physics- waves and optics
  • chemistry- chemistry physics
  • mathematics- calculus 
  • agriculture- agricultural and food industry
  • computer- introduction of information technology
sem 3
  • biology- genetics
  • physics- electric and magnet
  • chemistry- organic chem
  • mathematics- statistic
  • agriculture- business and marketing of agricultural
  • bbi- oral interaction skills

So, itu lah senarai ape yg kitaorang belajar dekat Asasi Sains Pertanian UPM (2014/2015). Untuk waktu sekarang tak tau lah ada perubahan ke tak. Rasanya sama je kut. 


Pilihan kos lepasan ASper?


Ok, untuk ini terlalu banyak kos yg korang boleh pilih. Pihak UPM menyediakan banyak kos untuk lepasan Asasi UPM. Semuanya menarik. Ada perubatan, akaun, kejuruteraan, perubatan veterinar, industri makanan dan banyak lagi. Dan sudah tentu Pertanian laa. Pertanian pulak bnyak pecahan pulak like horticulture, animal sciences dan banyak lagi. Untuk maklumat lebih lanjut boleh click link di bawah:


So, itu serba sedikit pasal Asasi Sains UPM masa zaman aku. Sebenarnya banyak lagi story mory pasal Asasi ni. Nanti aku sambung lagi. In Sha Allah :) Ni aku bagi intro dulu..

to be continued....
Click down below

Half of classmates 2015


6 comments:

  1. kalau masa spm cuma ambil kim dengan fiz ( tak ambil bio) , boleh mohon ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene ade 3 subjek sains tu chemfizik and biologi plus addmath. but idk sistem sekarang macam mane? rasanya still sama.

      Delete
  2. Salam, betul ke nanti kalau ambik asasi pertanian, then untuk degree courses yang ditawarkan pun akan related dengan pertanian? or still boleh ambik course degree yang lain example dietetic, medic and etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, still boleh ambil course lain... Tak semestinya pertanian..

      Delete
  3. Thank You and I have a dandy offer you: Who Repairs House Foundations house renovation contractor

    ReplyDelete

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...