Wednesday, December 29, 2021

Resepi Soto Ayam Nasi Impit yang sangat mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, aku akan kongsikan satu resepi iaitu Soto Nasi Impit yang enak, sedap dan mudah. Boleh dihidangkan untuk keluarga tercinta. Resepi kali ini aku main letak je apa yang ada dekat rumah. Walaupun nampak tak lengkap, tapi mencukupi.

Soto Ayam Nasi Impit


Jumlah hidangan :
:- 6-8 orang dewasa dengan menggunakan 3 paket besar nasi impit.


Bahan-bahan A: Kuah Sup Soto 

  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 paket rempah sup soto
  • 1/4 ayam (ambil bahagian dada)
  • Minyak masak
  • 1 kiub perencah ayam
  • Air
  • Garam & MSG secukup rasa
*Perlu dikisar sehingga lumat

Cara-cara memasak Kuah Sup Soto
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Masukkan dan tumiskan semua bahan yang ada di dalam paket rempah sup soto dan juga bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1/4 ayam dan gaul sehingga rempah-rempah tersebut menyaluti ayam.
  4. Masukkan air secukup citarasa anda😅(agak2 jadi sup la) dan juga kiub perencah ayam.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Setelah mendidih, keluarkan 1/4 ayam tadi untuk digoreng nanti.
  7. Masukkan garam dan MSG secukup rasa..
  8. Dah siapppp, kuahnya....

Bahan-bahan B: Kicap Pedas

  • 3 ulas bawang putih
  • Cilipadi (ikut selera kepedasan anda)-buang tangkai tu yeee
  • Jus limau kasturi
  • Kicap lemak manis

Cara-cara memasak Kicap Pedas
  1. Gorengkan bawang putih dan cilipadi sebentar sampai bawang putih agak kekuningan (hati-hati ketika menggoreng kerana ada percikkan minyak)
  2. Setelah itu, kisarkan semua bahan yang digoreng tadi, jus limau kasturi dan kicap di dalam blender.
  3. Dah siappppp, jadi deh kicap pedas🤗

Bahan-bahan C: Ayam Carik
  • 1/4 ayam (bahagian dada) yang telah diasingkan dari sup tadi digoreng hingga kekuningan dan dicarik-carik.

Bahan-Bahan Pelengkap Terakhir

  • Daun sup dan daun bawang dihiris nipis-nipis
  • Bawang goreng
  • Tauge di reneh dalam air rebusan
  • Limau kasturi
  • Dan yang penting nasi impit laaaa🥰



#Sebagai tambahan, anda boleh letak bergedil, kacang goreng, hirisan lada. Dalam kuah sup tu anda boleh laa tambah kaki ayam, kentang dan carrot bagi yang minat. Apa-apa pun penambahan itu mengikut citarasa anda semua. Aku buat ni yang senang je, tak la beria sangat. 


SELAMAT MENCUBA!!!!!




by: cap i
bu dan anak

No comments:

Post a Comment

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...