Showing posts with label Japan Osaka. Show all posts
Showing posts with label Japan Osaka. Show all posts

Monday, February 17, 2025

Trip to Japan 7d6n (Day 2)

Day 2 (Osaka using OAP 1 day)

Apa itu OAP? 
OAP ni stand for Osaka Amazing Pass. Pass ni di keluarkan dalam 2 jenis iaitu OAP 1 day & OAP 2 day. Pass ni unlimited untuk naik train/bas sepanjang hari dan free fee entrance untuk certain tempat pelancongan (ada dalam 40++ tempat pelancongan sekitar Osaka). Pass ini boleh beli secara online atau melalui HIS travel atau di KIX nanti. Pass ni kami beli siap-siap dengan HIS travel sebelum ke sana. Senang, tak kalut. Sampai KIX kami redeem je. 


7:00 pagi : Kami start perjalanan kami sekitar Osaka. Antara tempat kami melawat sepanjang hari ke dua ni:

1. Osaka Castle (OAP) - Istana lama dan sejarah terbinanya istana tersebut. Sebelahnya ada Sakura Cruise dan fee entrance guna OAP.
#8:00pagi-11pagi#
Osaka Castle

Bandar Osaka dari puncak Osaka Castle

2. Matsuri - Selepas itu, kami gerak jauh sikit untuk lunch. Dah dalam RTJ duk viral, apalagi kami pun pergi. Kedainya kecil dalam 8 pax je boleh masuk. Ramen Chili Flakes, best. Mcm makan spagheti.
#12:00tghhari-2:00ptg#

Restoran Matsuri

3. Tempozan Giant Ferris Wheel (OAP) 

Tempozan Giant Ferris Wheel

4. Santa Maria Cruise (OAP) - Naik cruise ala-ala kapal Carribean Jack Sparrow tu. Tempatnya sebelah dengan Giant Ferris Wheel. Actually, area sini banyak tempat pelancongan yang boleh masuk guna OAP tu. Tapi disebabkan kami sampai sini dah petang, masuk je yang mana sempat.

Santa Maria Cruise

5. Joshin Super Kids Land - Singgah sini sebab nak cari koleksi patung2 Anime. 

Koleksi Anime. Affordable price.


Itulah antara tempat-tempat yang kami melawat sepanjang hari ke-2. Dari 7pagi-9malam dengan menaiki pengakutan awam (train) menggunakan OAP 1 day. Jangan risau, tempat-tempat ni semua dekat je dengan stesen keretapi.

**Kita orang Solat Jama' di Mall sebelah Tempozan Giant Ferris Wheel. Ada disediakan bilik solat dan kene minta permision di kaunter. Nanti dia bagi password pintu bilik

To be continue.......

#IOSvers3



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Wednesday, April 17, 2024

Trip to Japan 7d6n (Day 1)

Assalamualaikum semua....

Salam 2024 semua. setelah beberapa tahun aku berhenti menulis harap semua pembaca sihat dan dalam keadaan sihat waa alfiat.

Disebabkan tahun ini aku berpeluang untuk melawat negara "Matahari Terbit", jadi entry aku kali ini adalah cerita dan perjalanan aku sepanjang bercuti di sana. 

Aku bercuti di sana pada musim sejuk (winter), awal bulan Februari. Waktu ini pun dah hujung-hujung winter nak masuk musim bunga dah, tapi suhu still sejuk dalam 2-8 degree celcius.


KANSAI DISTRICT (Osaka - Kyoto - Nara)

Ini adalah kawasan yang kami cover sepanjang bercuti di sana selama 7hari 6malam. Percutian kami ini tak ada laa pack, more to leisure. Berjalan sambil makan angin dan shopping.

Day 1 (KUL - KIX - Osaka)

01:55 pagi : Berlepas dari KLIA ke Kansai Airport.
09:55 pagi : Sampai KIX (Kansai Airport)

10:00 pagi : Selesaikan semua dokumen/pass OAP/Icoca etc. untuk kegunaan sepanjang percutian di Osaka nanti. 

11:00 pagi : Rehat dan Solat Zohor

Sebelum memulakan perjalanan, kami isi perut dulu di Kansai Airport. Dekat food court tu ada satu kedai ramen halal (muslim friendly)- recommended by RTJ, boleh alas perut dulu. Lepas tu, tunggu solat jama' dekat surau KIX.

Ramen Kansai Airport

Ramen Daging dan Sotong Tempura


12:30 tghhari : Maka bermula perjalanan kami ke Osaka, tapi kami stop di Rinku Premium Outlet. Ke sini, kami naik train (Nankai Line) dan simpan bagasi di locker (Rinku Station). 

Sini, boleh laa window shopping ke nak shopping ke makan angin ke, suka hati korang la. Belakang RPO ni ade pantai, cantik. Boleh la bercinta dengan alam.


Rinku Premium Outlet, Kansai

Locker, Rinku Station (800Y)

Pantai di Rinku Premium Outlet, Kansai

4:00 petang : Kami gerak ke Osaka by train Nankai Line , berhenti di Namba Station (lebih kurang1 jam). Actually, sampai sini waktu dah senja. 

Dah alang-alang kat Namba Station, kita orang pergi Dotonbori Street untuk dinner. Sambil-sambil cuci mata sebelum check in.

Nasi Arab. Dah nama pun melayu, sampai sini pun masih cari nasi.

Mercu Dotonbori Street - credit to CM

Dotonbori Street -credit to CM


That s all for first day in Osaka, Kansai District...

To be continue.......

#credit to CM  for the pic.
#IOSvers3



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...