Thursday, July 18, 2019

Japanese Villages Colmar

sambungan.............

Japanese Villages Colmar

Ini tempat kedua, aku and the geng pergi lepak, lepas pergi Cormal Tropical Resort. Bagi aku tempat ni sgt sesuai org yg nak lapangkan fikiran, nk hilang stress dari kota raya sangat digalakkan. Tempat ni sgt tenang, sunyi je... Dan tempat ni sejuk sgt... Ala² Cameron Highland, tp tak perlu smpai nak bwk sweater bagai.🤪

Kat sini, korang macam pergi hutan buatan. Korang kene daki sikit untuk sampai ke destinasinya. Ala² jungle trekking gitu (treknya bertangga tau). Ok laa, boleh exercise sikit😅. Orang yg pakai ala² princess, kat sini aku suggest pakai laa sport or flat shoes, sebab kat sini banyak mendaki dan jalannya agak² berbatu.. Kalau aku pakai selipar flat je, sbb aku mmg jenis suke pakai selipar 😜

Bila korang smpai sana, korang bayangkan ea, korang dengar siulan burung dengan buluh, korang dengar air mengalir dengan rasa yg sejuk. Korang berjalan lagi korang akan nmpak air terjun buatan yg mengalir, dalamnya ada ikan berenang ke sini sana. Bagi aku sgt tenang... Kat sini jugak korang boleh masuk rumah ala² jepun dan boleh pakai kimono kalau nk acah² jadi gadis jepun🥰. Sehelai kimono boleh sewa dengan harga RM20. So, boleh laa korang ber ootd dengan kimono dekat taman² dia tu... 

Nanti, korang jalan² lagi kedepan, korang akan nmpak lereng² bukit sebelah, tp korang pun sebenarnya berada dilereng bukit jugak. Depan mata korang hanya nampak hijau je... Baik untuk mata... So, kitorg masuk sini dalam pukul 12.30 tgh hari mcm tu. Matahari mmg atas kepala. Masa awal² sampai sini rasa panas, tp masuk je tamannya, rasa sejuk..... Atas kepala matahari, tapi rasa sejuk...🌬️


Ni dekat pintu masuknye, selepas korang dah mendaki bertingkat-tingkat tangga.

Ni laluan dalam Japenese Village. Sejuk dan tenang gile. Korang akan dengar buluh bersiur.
Kolam ikan buatan 
Air terjun buatan. Bunyi dia sgt natural

Ni la tangganya, pakai la yg selesa untuk korang.
Tu member aku, dia punya shoes tecabut tapak tu, acah-acah control tak de ape yang berlaku.....

Ni tangga first, dekat parking. Tak silap panjang jugak tangga ni.

So, itu la serba sedikit pasal Japanese Village Colmar. Duit korang melabur kat sini hanya lah RM20 untuk kimono, tu pun kalau korang pakai laa.. hehe.. Kalau nak jimat korang share-share laa dengan member korang.. Sewa satu pakai 5 org. hik hik hik.. Nak photoshoot jew kan...

Ok, lepas kitorang lepak sini, aku and the gang sambung perjalanan ke Genting pulak. Next entry aku cerita... Dan, aku akan senaraikan itinerary perjalanan kami dengan sewa kereta, minyak, makan, tol, etc untuk short escape kali ni.



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

No comments:

Post a Comment

Trip to Japan 7d6n (Day 1)

Assalamualaikum semua.... Salam 2024 semua. setelah beberapa tahun aku berhenti menulis harap semua pembaca sihat dan dalam keadaan sihat wa...