Sunday, December 13, 2020

Asasi Sains Pertanian UPM (Part II)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum dan hai semua.
Harap semua dalam keadaan sihat dan jauh dari wabak Covid-19.

Ok, hari ni aku sambung balik pasal Asasi Sains Pertanian (Asper).
Untuk entry kali ni aku cerita pasal Penginapan untuk student Asper. Mesti ramai tertanya-tanya kat mana student Asper menginap kan?

Actually, untuk student Asper ni diorang dah sediakan satu kolej iaitu KOLEJ 13. Dekat Kolej 13 ni mostly student Asper tetapi tidak semua boleh duduk kat Kolej 13 ni. Ada je yang "tercampak" ke kolej-kolej lain. Kebiasaanya yang daftar lambat atau dah tak de kekosongan. Tapi kepada golongan yang tercampak tu, tak usah sedih atau nak melalak, actually yang tercampak ni lagi seronok sebenarnya (for me la)πŸ˜… sebab korang akan menginap di kolej lain yang mostly tempat student degree menginap.

Sekarang, aku cerita dulu pasal penginapan dekat KOLEJ 13 ok.πŸ‘Œ


a) KOLEJ 13
Sape-sape yang menginap kat Kolej 13 ni, korang akan duduk satu bilik 6 orang (like dorm). Bangunannya macam asrama/sekolah (bilik,bilik,bilik,bilik dan kat hujung ade toilet&bathroom) haa giteww... So, dalam bilik dia dah buat partition untuk 6 orang. So, masing2 ada partition dan kat tengah  dorm biasanya tempat lepak atau makan-makan bersama roomate😍. Ni je la aku boleh cerita serba sedikit pasal Kolej 13, sebab masa Asper aku tak dapat Kolej 13. Actually, duduk kat Kolej 13 ni seronok sebab korang jumpe semua satu course and satu batch. Kalau buat aktiviti kolej korang kene join sebab kat kolej 13 hampir 80% penghuninya budak Asper. Budak degree sikit je, so kalau buat aktiviti kolej, hampa semua laa kene join kalau tak sape laa nak joinπŸ˜….


Kolej 13 (source: from google)


Dorm Kolej 13 (source: from google)


Partition Dorm Kolej 13 (source: from google)


Ok, aku cerita tempat penginapan aku luar dari Kolej 13 ok. (Seronok Baq hang)😍


b) KPZ, KTP, KTDI, etc.
Aku menginap di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Tak jauh pun dari Kolej 13. Dalam kawasan yang sama, yang memisahkan kita hanyalah simpang 4 dan sebuah PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Kolej KPZ ni, design bangunan lama (kedudukan bloknya,persegi) kat tengah2 blok ada court. Kat sini bilik, bukan dorm. Setiap bilik 2 orang. Sebabkan bloknya persegi, so kalau korang free hair pun tak de org nampak sebab koridornya belah dalam. Toilet dan bathroom duduk tengah2 koridor. Sebelah toilet ada tempat dobi. Mesin dobi disediakan setiap 2 aras. Lepas tu, kalau korang buka pintu bilik, korang dah boleh sembang dengan member korang sebelah sana. KPZ ni mostly budak degree (kos perhutanan, alam sekitar, teknologi kayu etc.). Budak Asper sikit je, setiap blok ade dalam 5-8 org macam tu je, so satu kolej tu dalam 50 org je budak Asper. Kalau ada aktiviti kolej, kita orang jarang join (kadang-kadang malas jugak nak join)πŸ‘€. hehe. Kebiasaanya aktiviti kolej ni tuk budak degree sebab diorang kene kumpul merit untuk stay kolej. Kalau Asper tak payah, tapi kalau korang bosan, tak de kerja, apa salahnya join aktiviti diorang, kan? 

Actually, tak semua yang "tercampak" stay KPZ, ada lagi Kolej lain: KTP, KTDI, Kolej 6, KOSAS, Kolej 2. Tapi Kolej ni semua sistem dia sama je macam KPZ. So, korang yang "tercampak" jangan risau, seronok sebenarnya duduk Kolej2 dengan akak/abg degree ni. hehe.


KPZ (source: from google)


contoh bilik KPZ (source: from google)



c) KAFE
Kalau bab makan semua jangan risau, kat UPM banyak Kafe. Tutup satu, satu lagi buka. Yang pasti sebagai budak Asper kalau time budak degree cuti sem, mostly kafe akan tutup tetapi kolej 13 sentiasa buka selagi ade budak Asper. Tak pun korang makan laa dekat Flat Ikan (next entry). The Mines & IOI Mall pun dekat.. hehehe.. Yang pasti senang nak cari makan kat UPM. Malas dan rajin je.



Apa-apa pun, dimana pun, kolej mana-mana pun semuanya seronok. Semua itu terserah kepada diri kita untuk adapt di sesuatu kawasan atau situasi. Yang pasti bila belajar benda kita suka/minat, semua benda jadi seronok walaupun tercampak di hutan belantara mana.πŸ˜†

Ok laa, aku stop dulu. Nanti aku sambung lagi...........πŸ’—

5 comments:

  1. Sukala baca blog ni. Teruskan share hidup/lifestyle kat upm.

    ReplyDelete
  2. Apply asasi pertanian upm melalui upu ke? Atau ada intake direct?

    ReplyDelete
  3. Lepasan ASPER boleh apply IPTA lain tak?

    ReplyDelete

Trip to Japan 7d6n (Day 1)

Assalamualaikum semua.... Salam 2024 semua. setelah beberapa tahun aku berhenti menulis harap semua pembaca sihat dan dalam keadaan sihat wa...