Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Soalan:
Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu/boleh diambil oleh individu/masyarakat dalam menangani penyakit berjangkit iaitu Covid-19? Huraikan.
Jawapan:
Pencegahan atau intervensi adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko atau ancaman kepada kesihatan mahupun kemalangan. Pencegahan boleh dikategori kepada tiga klafikasi iaitu:
- Pencegahan Primer (Primary Prevention)
- Pencegahan Sekunder (Secondary Prevention)
- Percegahan Tertiari (Tertiary Prevention)
Pencegahan Primer:
Pencegahan primer adalah untuk mencegah sesuatu penyakit atau kemalangan sebelum terjadi. Ia biasanya ditujukan kepada individu/seseorang yang sihat dan belum dijangkiti, sakit ataupun kemalangan. Antara percegahan primer yang boleh dijalankan dalam konteks penyakit Covid-19 adalah:
- Penguatkuasaan (enforcement/legislation): Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
- Pendidikan Kesihatan (Health Education): Memperkenalkan norma selamat seperti penjarakkan sosial, membasuh tangan dengan kerap, sentiasa memakai penutup muka dan sebagainya untuk mengelak dari terkena jangkitan.
- Program Vaksinasi (Vaccination): Melaksanakan program vaksinasi kepada individu dimana ia dapat melindung diri daripada mendapat jangkitan yang memudaratkan.
Pencegahan Sekunder:
Pencegahan sekunder adalah untuk individu yang mendapat jangkitan atau kemalangan dimana ia bertujuan untuk mengurangkan kesan/impak kepada individu tersebut dan masyarakat lain. Pencegahan sekunder dapat mengesan dan merawat penyakit/jangkitan tersebut dengan segera.
- Pemeriksaan dan screening test
- Pengasingan atau kuarantin untuk mengelak dari merebak jangkitan tersebut.
- pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit atau simptom semakin melarat.
Pencegahan Tertiari:
Pencegahan tertiari adalah untuk membantu individu/masyarakat selepas terkena jangkitan untuk mengurus long-term effect supaya dapat hidup atau menjalankan aktiviti harian seperti sebelumnya.
- Menjalankan rehabilitasi seperti bersenam supaya lebih cergas. Seperti kita tahu, individu yang terkena jangkitan Covid-19 cepat merasa letih dan malaise.
Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai pencegahan yang boleh kita amalkan untuk mengelak diri dari jangkitan Covid-19. Patuhi semua SOP yang telah dikuatkuasa oleh pihak Kesihatan dimana ia dapat mengurangkan jangkitan dalam masyarakat. Norma baru mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan.
Terima kasih.
Stay Safe and Healthy💕
No comments:
Post a Comment