Assalamualaikum dan hai semua!!!
Entry kali ini aku nak berkongsi satu tempat yang aku lawat minggu lepas iaitu Muzium Bukit Besi. Muzium Bukit Besi ni baru je beroperasi sekitar Oktober/November 2021. Seperti yang kita tahu, Bukit Besi ini tekenal kerana ia merupakan tempat pengeluaran bijih timah yang terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Di manakah terletak Muzium Bukit Besi?
Bukit Besi terletak di Daerah Dungun 33 km dari bandar Dungun dan 77 km daripada Bandaraya Kuala Terengganu (ambil masa dalam sejam laa dari KT). Kawasan Bukit Besi ni tak la besar mane, semua tempat ada di satu tempat je. So, memang senang je nak jumpa.
 |
Muzium Bukit Besi, Bandar Bersejarah, Bandar Perlombongan. |
 |
Mercu Muzium Bukit Besi.
|
So, sempena cuti sekolah ni, boleh la bawa anak-anak pergi melawat. Bercuti sambil belajar sejarah. Jarang budak-budak sekarang nak ambil tahu pasal sejarah Bukit Besi ni. Dekat sini kita dapat mengetahui sejarah Bukit Besi menjadi sebuah tempat terbesar dalam pengeluaran bijih timah di Asia Tenggara. Banyak artifak-artifak yang dipamerkan di Muzium ini seperti penggunaan syiling lama, batu yang mengandungi bijih besi, alat-alatan yang digunakan untuk melombong pada zaman dulu, mesin taip lama, passport pekerja asing dan lain-lain lagi. Aku share beberapa gambar tau. Untuk selebihnya, anda patut pergi melawat. Tak rugi pun.
 |
Bijih Besi dalam batu-batu. |
 |
Duit syiling lama yang digunakan pada ketika itu. |
 |
Mesin taip. |
 |
Mesin jahit. |
Selain artifak, bagi aku banyak info bertulis yang boleh kita dapat dari sini. Bagi pelajar-pelajar yang buat kerja kursus tentang sejarah boleh laa dapat sumber sekunder dari sini. Selain itu, dengan adanya 'patung-patung' (idk to describe) dan infographic, menarik lagi minat orang ramai untuk memahami sejarah in simple way. So, ia tidak nampak membosankan.
 |
Proses dalam makmal setelah perlombongan bijih besi. |
 |
Infographic lokasi perlombomgan. |
Anda juga akan dibawa ke lapangan iaitu tempat perlombongan tersebut dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak muzium. Buat masa sekarang, tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat Muzium Bukit Besi ini. Tak tahu laa untuk tahun depan macam mana...
Aku cadang, korang datang la Muzium Bukit Besi pada waktu pagi dalam pukul 10-11. So, lepas tu korang boleh lepak kat Taman Rekreasi Tasik Puteri (next entry). Hehehe. Boleh bawa anak-anak berkelah dan mandi-manda. Aktiviti cuti sekolah katakan. Penuhkan diari anak anda untuk buka sekolah nanti. Hehehe.
Bye. Thank you.
"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"
No comments:
Post a Comment