Wednesday, April 17, 2024

Trip to Japan 7d6n (Day 1)

Assalamualaikum semua....

Salam 2024 semua. setelah beberapa tahun aku berhenti menulis harap semua pembaca sihat dan dalam keadaan sihat waa alfiat.

Disebabkan tahun ini aku berpeluang untuk melawat negara "Matahari Terbit", jadi entry aku kali ini adalah cerita dan perjalanan aku sepanjang bercuti di sana. 

Aku bercuti di sana pada musim sejuk (winter), awal bulan Februari. Waktu ini pun dah hujung-hujung winter nak masuk musim bunga dah, tapi suhu still sejuk dalam 2-8 degree celcius.


KANSAI DISTRICT (Osaka - Kyoto - Nara)

Ini adalah kawasan yang kami cover sepanjang bercuti di sana selama 7hari 6malam. Percutian kami ini tak ada laa pack, more to leisure. Berjalan sambil makan angin dan shopping.

Day 1 (KUL - KIX - Osaka)

01:55 pagi : Berlepas dari KLIA ke Kansai Airport.
09:55 pagi : Sampai KIX (Kansai Airport)

10:00 pagi : Selesaikan semua dokumen/pass OAP/Icoca etc. untuk kegunaan sepanjang percutian di Osaka nanti. 

11:00 pagi : Rehat dan Solat Zohor

Sebelum memulakan perjalanan, kami isi perut dulu di Kansai Airport. Dekat food court tu ada satu kedai ramen halal (muslim friendly)- recommended by RTJ, boleh alas perut dulu. Lepas tu, tunggu solat jama' dekat surau KIX.

Ramen Kansai Airport

Ramen Daging dan Sotong Tempura


12:30 tghhari : Maka bermula perjalanan kami ke Osaka, tapi kami stop di Rinku Premium Outlet. Ke sini, kami naik train (Nankai Line) dan simpan bagasi di locker (Rinku Station). 

Sini, boleh laa window shopping ke nak shopping ke makan angin ke, suka hati korang la. Belakang RPO ni ade pantai, cantik. Boleh la bercinta dengan alam.


Rinku Premium Outlet, Kansai

Locker, Rinku Station (800Y)

Pantai di Rinku Premium Outlet, Kansai

4:00 petang : Kami gerak ke Osaka by train Nankai Line , berhenti di Namba Station (lebih kurang1 jam). Actually, sampai sini waktu dah senja. 

Dah alang-alang kat Namba Station, kita orang pergi Dotonbori Street untuk dinner. Sambil-sambil cuci mata sebelum check in.

Nasi Arab. Dah nama pun melayu, sampai sini pun masih cari nasi.

Mercu Dotonbori Street - credit to CM

Dotonbori Street -credit to CM


That s all for first day in Osaka, Kansai District...

To be continue.......

#credit to CM  for the pic.
#IOSvers3



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Sunday, January 7, 2024

"Dandelion"

Sangat rapuh,
Sekali ditiup angin, terus hilang,
Tetapi, ia boleh tumbuh dimana ia jatuh,
Rapuh, tapi tak pernah berputus asa....


Ceritanya begini.....

Zaman sekarang, kebanyakan perempuan yang sebenar jiwanya telah mati tapi hidupnya terlihat baik-baik sahaja. Fizikalnya nampak sihat (Alhamdulillah), masih tersenyum, dia tetap menjalankan aktiviti-aktiviti hariannya seperti biasa bahkan lebih mengutamakan keluarganya daripada kehendaknya sendiri.

Tapi, tiada seorang pun yang sedar dan lihat bagaimana hancur dan mengerikan mentalnya. Setiap saat harus kuat untuk bertahan dan memendam apa yang dirasa. Terpaksa mengeluarkan air mata di heningnya malam untuk membasuh segala luka yang ada. Begitulah kerasnya dunia sekarang untuk kebanyakan perempuan.


"I can handle everything, but in deepest, i'm fragile too"

Kami harus, NO >>> kami wajib dan terpaksa menjadi kuat dan tinggal dunia lemah lembut gemalai untuk mempertahankan dan menjaga mental dan hati kami. Kerana berharap kepada manusia ¥¥¥ itu sakit dan membuat kami gila. Kami penat, sangat penat sehingga menghilang itu adalah jalan yang terbaik.


Simple but complicated

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

"Wahai Zat yang maha hidup dan maha kekal abadi, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Bawakanlah kemaslahatan pada segala urusanku. Janganlah Kaubiarkan aku sendiri menyelesaikan urusan meski sekejap."

(HR An-Nasai, Ibnu Sunni, Al-Hakim, Al-Baihaqi).


#thisisme
#introvertINFJ

Wednesday, February 16, 2022

Luahan Sang Pencari [Kecewa]



Aku berusaha memohon pelbagai
Walaupun diluar dari bidang ku
Tapi tidak membatas kemampuan ku
Kerana zaman sekarang tidak boleh memilih

Terus menunggu ia kunjung tiba
Kadang berhari kadang berbulan
Kadang tidak kunjung tiba sehingga akhir
Rasa kecewa? Itu pasti.......

Apabila ia tiba
Hanya Tuhan saja yang tahu
Bersatunya kedua tangan
Bersama wajah nan berseri-seri
Mengucap Hamdallah

Tiba hari yang dinantikan
Datang mempersembahkan segala yang dimiliki
Pulang dengan lega dan harapan
Berdoa, adakanlah rezeki ku disini

Menunggu terus menunggu
Dari hari ke hari
Bersama doa yang ku panjatkan
Tetapi tiada jawapan yang tiba

Kecewa? Itu pasti.........
Mungkin bukan tertulis rezeki ku
Hati dan fikiran ku harus di positifkan
Jika tidak mau terus hanyut dalam kekecewaan


Spider Lily - source by google


luahan hati oleh:
mieyaqeel aka 'Jobseekers' yang terus menunggu.............

Wednesday, December 29, 2021

Resepi Soto Ayam Nasi Impit yang sangat mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, aku akan kongsikan satu resepi iaitu Soto Nasi Impit yang enak, sedap dan mudah. Boleh dihidangkan untuk keluarga tercinta. Resepi kali ini aku main letak je apa yang ada dekat rumah. Walaupun nampak tak lengkap, tapi mencukupi.

Soto Ayam Nasi Impit


Jumlah hidangan :
:- 6-8 orang dewasa dengan menggunakan 3 paket besar nasi impit.


Bahan-bahan A: Kuah Sup Soto 

  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 paket rempah sup soto
  • 1/4 ayam (ambil bahagian dada)
  • Minyak masak
  • 1 kiub perencah ayam
  • Air
  • Garam & MSG secukup rasa
*Perlu dikisar sehingga lumat

Cara-cara memasak Kuah Sup Soto
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Masukkan dan tumiskan semua bahan yang ada di dalam paket rempah sup soto dan juga bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1/4 ayam dan gaul sehingga rempah-rempah tersebut menyaluti ayam.
  4. Masukkan air secukup citarasa anda😅(agak2 jadi sup la) dan juga kiub perencah ayam.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Setelah mendidih, keluarkan 1/4 ayam tadi untuk digoreng nanti.
  7. Masukkan garam dan MSG secukup rasa..
  8. Dah siapppp, kuahnya....

Bahan-bahan B: Kicap Pedas

  • 3 ulas bawang putih
  • Cilipadi (ikut selera kepedasan anda)-buang tangkai tu yeee
  • Jus limau kasturi
  • Kicap lemak manis

Cara-cara memasak Kicap Pedas
  1. Gorengkan bawang putih dan cilipadi sebentar sampai bawang putih agak kekuningan (hati-hati ketika menggoreng kerana ada percikkan minyak)
  2. Setelah itu, kisarkan semua bahan yang digoreng tadi, jus limau kasturi dan kicap di dalam blender.
  3. Dah siappppp, jadi deh kicap pedas🤗

Bahan-bahan C: Ayam Carik
  • 1/4 ayam (bahagian dada) yang telah diasingkan dari sup tadi digoreng hingga kekuningan dan dicarik-carik.

Bahan-Bahan Pelengkap Terakhir

  • Daun sup dan daun bawang dihiris nipis-nipis
  • Bawang goreng
  • Tauge di reneh dalam air rebusan
  • Limau kasturi
  • Dan yang penting nasi impit laaaa🥰



#Sebagai tambahan, anda boleh letak bergedil, kacang goreng, hirisan lada. Dalam kuah sup tu anda boleh laa tambah kaki ayam, kentang dan carrot bagi yang minat. Apa-apa pun penambahan itu mengikut citarasa anda semua. Aku buat ni yang senang je, tak la beria sangat. 


SELAMAT MENCUBA!!!!!




by: cap i
bu dan anak

Saturday, December 18, 2021

Resepi Spaghetti Bolognese Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan hai semua!!!

Hari ni aku nak kongsikan resepi spaghetti bolognese. Simple dan Sedap. Spaghetti ni aku olah mengikut selera anak tekak melayu asli. Hehe. Yang pasti sedap dan mantap... Selamat mencuba!!!

Spaghetti Bolognese ala mieyaqeel

Bahan-bahannya (Jumlah hidangan: 8-12 org dewasa)

  • Spaghetti/Fettuccini (kimball) : 1 packet
  • Sos Pasta (kimball/preggo) : 1 tin kecil
  • Sosej : 4-5 batang - di potong kecil²
  • Patty ayam/daging (ramlee) : 2-3 keping - di cincang halus
  • Kentang : 1 biji - di potong dadu
  • Carrot/lobak merah : 1/2 batang - di potong dadu
  • Bawang holland : 1 biji - di potong dadu
  • Bawang putih : 7 ulas - di mayang halus
  • Cili api : ikut kepedasan korang, kalau tak nak pun tak pe
  • Sos tomato : 2 sudu makan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa




Cara-cara masak pasta:
  1. Masukkan air, sedikit garam dan minyak dan rebus sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan kacau supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
  3. Rebus sehingga dia agak lembut dan tidak terlalu kembang @(ikut minute di packet).
  4. Setelah masak, tapis dan biarkan dia sejuk.
Cara-cara masak bolognese:
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang holland dan bawang putih yg telah dipotong seperti gambar diatas sehingga naik bau atau bawangnya lembut.
  3. Setelah itu, masukkan patty ayam/daging dan sosej, kacau sehingga agak2 masak.
  4. Masukkan kentang dan carrot, kacau sehingga lembut.
  5. Masukkan sos bolognese dan air (dalam 2 tin), kacau.
  6. Tambahkan 2 sudu makan sos tomato.
  7. Biarkan ia mendidih sehingga kelihatan agak pekat.
  8. Tambahkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
  9. Hiriskan cili api, masukkan dalam bolognese.
  10. Siap.....!!!!!!!! Dan selamat menjamu selera...

*Aku cadangkan korang rebus dan lenyetkan kentang tu lagi best. Selain itu, korang boleh letak tomato potong dadu. Korang nak tambah capsicums, cendawan ke pun boleh. Apa pun ikut laa selera korang, korang olah laa balik.. Yang penting bahan asas jgn tinggal.. hehehe...

*Aku guna patty ayam/daging sebab lebih murah nk dibandingkan dengan daging kisar. 

Terima kasih dan selamat mencuba.


by: cap ibu dan anak


Tuesday, December 14, 2021

Sejarah Perlombongan di Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum dan hai semua!!!

Entry kali ini aku nak berkongsi satu tempat yang aku lawat minggu lepas iaitu Muzium Bukit Besi. Muzium Bukit Besi ni baru je beroperasi sekitar Oktober/November 2021. Seperti yang kita tahu, Bukit Besi ini tekenal kerana ia merupakan tempat pengeluaran bijih timah yang terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. 

Di manakah terletak Muzium Bukit Besi?

Bukit Besi terletak di Daerah Dungun 33 km dari bandar Dungun dan 77 km daripada Bandaraya Kuala Terengganu (ambil masa dalam sejam laa dari KT). Kawasan Bukit Besi ni tak la besar mane, semua tempat ada di satu tempat je. So, memang senang je nak jumpa.

Muzium Bukit Besi, Bandar Bersejarah, Bandar Perlombongan.


Mercu Muzium Bukit Besi.


So, sempena cuti sekolah ni, boleh la bawa anak-anak pergi melawat. Bercuti sambil belajar sejarah. Jarang budak-budak sekarang nak ambil tahu pasal sejarah Bukit Besi ni. Dekat sini kita dapat mengetahui sejarah Bukit Besi menjadi sebuah tempat terbesar dalam pengeluaran bijih timah di Asia Tenggara. Banyak artifak-artifak yang dipamerkan di Muzium ini seperti penggunaan syiling lama, batu yang mengandungi bijih besi, alat-alatan yang digunakan untuk melombong pada zaman dulu, mesin taip lama, passport pekerja asing dan lain-lain lagi. Aku share beberapa gambar tau. Untuk selebihnya, anda patut pergi melawat. Tak rugi pun.

Bijih Besi dalam batu-batu.

Duit syiling lama yang digunakan pada ketika itu.

Mesin taip.

Mesin jahit.


Selain artifak, bagi aku banyak info bertulis yang boleh kita dapat dari sini. Bagi pelajar-pelajar yang buat kerja kursus tentang sejarah boleh laa dapat sumber sekunder dari sini. Selain itu, dengan adanya 'patung-patung' (idk to describe) dan infographic, menarik lagi minat orang ramai untuk memahami sejarah in simple way. So, ia tidak nampak membosankan. 

Proses dalam makmal setelah perlombongan bijih besi.

Infographic lokasi perlombomgan.


Anda juga akan dibawa ke lapangan iaitu tempat perlombongan tersebut dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak muzium. Buat masa sekarang, tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat Muzium Bukit Besi ini. Tak tahu laa untuk tahun depan macam mana... 

Aku cadang, korang datang la Muzium Bukit Besi pada waktu pagi dalam pukul 10-11. So, lepas tu korang boleh lepak kat Taman Rekreasi Tasik Puteri (next entry). Hehehe. Boleh bawa anak-anak berkelah dan mandi-manda. Aktiviti cuti sekolah katakan. Penuhkan diari anak anda untuk buka sekolah nanti. Hehehe. 

Bye. Thank you.



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...