Monday, February 17, 2025

Trip to Japan 7d6n (Day 2)

Day 2 (Osaka using OAP 1 day)

Apa itu OAP? 
OAP ni stand for Osaka Amazing Pass. Pass ni di keluarkan dalam 2 jenis iaitu OAP 1 day & OAP 2 day. Pass ni unlimited untuk naik train/bas sepanjang hari dan free fee entrance untuk certain tempat pelancongan (ada dalam 40++ tempat pelancongan sekitar Osaka). Pass ini boleh beli secara online atau melalui HIS travel atau di KIX nanti. Pass ni kami beli siap-siap dengan HIS travel sebelum ke sana. Senang, tak kalut. Sampai KIX kami redeem je. 


7:00 pagi : Kami start perjalanan kami sekitar Osaka. Antara tempat kami melawat sepanjang hari ke dua ni:

1. Osaka Castle (OAP) - Istana lama dan sejarah terbinanya istana tersebut. Sebelahnya ada Sakura Cruise dan fee entrance guna OAP.
#8:00pagi-11pagi#
Osaka Castle

Bandar Osaka dari puncak Osaka Castle

2. Matsuri - Selepas itu, kami gerak jauh sikit untuk lunch. Dah dalam RTJ duk viral, apalagi kami pun pergi. Kedainya kecil dalam 8 pax je boleh masuk. Ramen Chili Flakes, best. Mcm makan spagheti.
#12:00tghhari-2:00ptg#

Restoran Matsuri

3. Tempozan Giant Ferris Wheel (OAP) 

Tempozan Giant Ferris Wheel

4. Santa Maria Cruise (OAP) - Naik cruise ala-ala kapal Carribean Jack Sparrow tu. Tempatnya sebelah dengan Giant Ferris Wheel. Actually, area sini banyak tempat pelancongan yang boleh masuk guna OAP tu. Tapi disebabkan kami sampai sini dah petang, masuk je yang mana sempat.

Santa Maria Cruise

5. Joshin Super Kids Land - Singgah sini sebab nak cari koleksi patung2 Anime. 

Koleksi Anime. Affordable price.


Itulah antara tempat-tempat yang kami melawat sepanjang hari ke-2. Dari 7pagi-9malam dengan menaiki pengakutan awam (train) menggunakan OAP 1 day. Jangan risau, tempat-tempat ni semua dekat je dengan stesen keretapi.

**Kita orang Solat Jama' di Mall sebelah Tempozan Giant Ferris Wheel. Ada disediakan bilik solat dan kene minta permision di kaunter. Nanti dia bagi password pintu bilik

To be continue.......

#IOSvers3



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...