Showing posts with label Masak/Cooking. Show all posts
Showing posts with label Masak/Cooking. Show all posts

Wednesday, December 29, 2021

Resepi Soto Ayam Nasi Impit yang sangat mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, aku akan kongsikan satu resepi iaitu Soto Nasi Impit yang enak, sedap dan mudah. Boleh dihidangkan untuk keluarga tercinta. Resepi kali ini aku main letak je apa yang ada dekat rumah. Walaupun nampak tak lengkap, tapi mencukupi.

Soto Ayam Nasi Impit


Jumlah hidangan :
:- 6-8 orang dewasa dengan menggunakan 3 paket besar nasi impit.


Bahan-bahan A: Kuah Sup Soto 

  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 paket rempah sup soto
  • 1/4 ayam (ambil bahagian dada)
  • Minyak masak
  • 1 kiub perencah ayam
  • Air
  • Garam & MSG secukup rasa
*Perlu dikisar sehingga lumat

Cara-cara memasak Kuah Sup Soto
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Masukkan dan tumiskan semua bahan yang ada di dalam paket rempah sup soto dan juga bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1/4 ayam dan gaul sehingga rempah-rempah tersebut menyaluti ayam.
  4. Masukkan air secukup citarasa anda😅(agak2 jadi sup la) dan juga kiub perencah ayam.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Setelah mendidih, keluarkan 1/4 ayam tadi untuk digoreng nanti.
  7. Masukkan garam dan MSG secukup rasa..
  8. Dah siapppp, kuahnya....

Bahan-bahan B: Kicap Pedas

  • 3 ulas bawang putih
  • Cilipadi (ikut selera kepedasan anda)-buang tangkai tu yeee
  • Jus limau kasturi
  • Kicap lemak manis

Cara-cara memasak Kicap Pedas
  1. Gorengkan bawang putih dan cilipadi sebentar sampai bawang putih agak kekuningan (hati-hati ketika menggoreng kerana ada percikkan minyak)
  2. Setelah itu, kisarkan semua bahan yang digoreng tadi, jus limau kasturi dan kicap di dalam blender.
  3. Dah siappppp, jadi deh kicap pedas🤗

Bahan-bahan C: Ayam Carik
  • 1/4 ayam (bahagian dada) yang telah diasingkan dari sup tadi digoreng hingga kekuningan dan dicarik-carik.

Bahan-Bahan Pelengkap Terakhir

  • Daun sup dan daun bawang dihiris nipis-nipis
  • Bawang goreng
  • Tauge di reneh dalam air rebusan
  • Limau kasturi
  • Dan yang penting nasi impit laaaa🥰



#Sebagai tambahan, anda boleh letak bergedil, kacang goreng, hirisan lada. Dalam kuah sup tu anda boleh laa tambah kaki ayam, kentang dan carrot bagi yang minat. Apa-apa pun penambahan itu mengikut citarasa anda semua. Aku buat ni yang senang je, tak la beria sangat. 


SELAMAT MENCUBA!!!!!




by: cap i
bu dan anak

Saturday, December 18, 2021

Resepi Spaghetti Bolognese Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan hai semua!!!

Hari ni aku nak kongsikan resepi spaghetti bolognese. Simple dan Sedap. Spaghetti ni aku olah mengikut selera anak tekak melayu asli. Hehe. Yang pasti sedap dan mantap... Selamat mencuba!!!

Spaghetti Bolognese ala mieyaqeel

Bahan-bahannya (Jumlah hidangan: 8-12 org dewasa)

  • Spaghetti/Fettuccini (kimball) : 1 packet
  • Sos Pasta (kimball/preggo) : 1 tin kecil
  • Sosej : 4-5 batang - di potong kecil²
  • Patty ayam/daging (ramlee) : 2-3 keping - di cincang halus
  • Kentang : 1 biji - di potong dadu
  • Carrot/lobak merah : 1/2 batang - di potong dadu
  • Bawang holland : 1 biji - di potong dadu
  • Bawang putih : 7 ulas - di mayang halus
  • Cili api : ikut kepedasan korang, kalau tak nak pun tak pe
  • Sos tomato : 2 sudu makan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa




Cara-cara masak pasta:
  1. Masukkan air, sedikit garam dan minyak dan rebus sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan kacau supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
  3. Rebus sehingga dia agak lembut dan tidak terlalu kembang @(ikut minute di packet).
  4. Setelah masak, tapis dan biarkan dia sejuk.
Cara-cara masak bolognese:
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang holland dan bawang putih yg telah dipotong seperti gambar diatas sehingga naik bau atau bawangnya lembut.
  3. Setelah itu, masukkan patty ayam/daging dan sosej, kacau sehingga agak2 masak.
  4. Masukkan kentang dan carrot, kacau sehingga lembut.
  5. Masukkan sos bolognese dan air (dalam 2 tin), kacau.
  6. Tambahkan 2 sudu makan sos tomato.
  7. Biarkan ia mendidih sehingga kelihatan agak pekat.
  8. Tambahkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
  9. Hiriskan cili api, masukkan dalam bolognese.
  10. Siap.....!!!!!!!! Dan selamat menjamu selera...

*Aku cadangkan korang rebus dan lenyetkan kentang tu lagi best. Selain itu, korang boleh letak tomato potong dadu. Korang nak tambah capsicums, cendawan ke pun boleh. Apa pun ikut laa selera korang, korang olah laa balik.. Yang penting bahan asas jgn tinggal.. hehehe...

*Aku guna patty ayam/daging sebab lebih murah nk dibandingkan dengan daging kisar. 

Terima kasih dan selamat mencuba.


by: cap ibu dan anak


Tuesday, August 20, 2019

Resepi Kek Batik Cadbury yang sangat senang

Assalamualaikum semua ~Merhaba

Hari ni aku dalam mood rajin nak main masak-masak😆. Aku ni kaum je wanita sejati, tp bab masak ni bukan reti sangat.  Reti cari resepi jew😁 Masak aku suruh org lain. hehe... Ok, hari ni aku try kek batik biskut marie. Asyik makan yang orang lain buat jew, nak jugak try kan 😙. So, hari ni aku buat kek batik ala-ala aku. Main-main campak je dlm kuali. Biarlah org nak kata resepi dah lapuk ke ape ke, suka aku laa.. Peduli ape aku...🙄 

Ok, jom laa aku share resepi kek batik cadbury ala campak-campak aku ni....

Bahan-bahan
• biskut marie (1packet)
• milo (2 cup)
• buttercup 250g (half)
• cadbury (6 biji) ~ni lebihan yg ade dlm peti ais🤪
• susu pekat ( 1/2 cup) ~tapi aku gune kurang lagi, sbb x suka manis
• susu cair ( 3/4 cup) 

Cara-cara
1. Panaskan separuh dari buttercup tu sampai cair.
2. Masukkan 2 cawan milo dan gaul hingga sekata (perlahankan api, takut hangit).
3. Sambil-sambil gaul, masukkan laa cadbury, susu pekat dan susu cair tu biar dia cair sekali. Lepastu, gaul je la sampai sebati dan likat.
4. Kalau tak manis, tambah la lagi susu pekat tu. Kalau tak rasa lemak susu, tambah la lagi susu cair tu. Ikut laa citarasa kamu. Nama pun resepi campak-campak😅
5. Apabila dah sebati elok, tutup gas, biarkan dia suam sikit. Then, masukkan laa biskut marie yg diserpih dua. Gaul semua sampai biskut tu bersalut dgn coklat tadi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan sampai padat dan mampat. 
7. Nak cantik, buat la topping supaya dapat tutup rekahan-rekahan bhgian atas tu....

Topping
1. Panaskan (double heat boiler) Cadbury, susu pekat (1sudu), buttercup (2sudu), sedikit susu cair dan beberapa titis minyak masak. (Sampai cair dan likat)
2. Then, letak laa atas kek batik kamu tu biar rata... Baru nampak cantik dan mewah kek kamu tu... 
3. Lastly, masuk laa dalam peti ais selama 3-6 jam...

Potong laa cantik-cantik....(nak potong cantik, pastikan pisau tu celup air panas dulu)

Dah siappppp untuk menjamu selera~🥰

Tq:)



Kek batik cadbury campak-campak


by: cap anak

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...