Showing posts with label Short Escape. Show all posts
Showing posts with label Short Escape. Show all posts

Tuesday, December 14, 2021

Sejarah Perlombongan di Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum dan hai semua!!!

Entry kali ini aku nak berkongsi satu tempat yang aku lawat minggu lepas iaitu Muzium Bukit Besi. Muzium Bukit Besi ni baru je beroperasi sekitar Oktober/November 2021. Seperti yang kita tahu, Bukit Besi ini tekenal kerana ia merupakan tempat pengeluaran bijih timah yang terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. 

Di manakah terletak Muzium Bukit Besi?

Bukit Besi terletak di Daerah Dungun 33 km dari bandar Dungun dan 77 km daripada Bandaraya Kuala Terengganu (ambil masa dalam sejam laa dari KT). Kawasan Bukit Besi ni tak la besar mane, semua tempat ada di satu tempat je. So, memang senang je nak jumpa.

Muzium Bukit Besi, Bandar Bersejarah, Bandar Perlombongan.


Mercu Muzium Bukit Besi.


So, sempena cuti sekolah ni, boleh la bawa anak-anak pergi melawat. Bercuti sambil belajar sejarah. Jarang budak-budak sekarang nak ambil tahu pasal sejarah Bukit Besi ni. Dekat sini kita dapat mengetahui sejarah Bukit Besi menjadi sebuah tempat terbesar dalam pengeluaran bijih timah di Asia Tenggara. Banyak artifak-artifak yang dipamerkan di Muzium ini seperti penggunaan syiling lama, batu yang mengandungi bijih besi, alat-alatan yang digunakan untuk melombong pada zaman dulu, mesin taip lama, passport pekerja asing dan lain-lain lagi. Aku share beberapa gambar tau. Untuk selebihnya, anda patut pergi melawat. Tak rugi pun.

Bijih Besi dalam batu-batu.

Duit syiling lama yang digunakan pada ketika itu.

Mesin taip.

Mesin jahit.


Selain artifak, bagi aku banyak info bertulis yang boleh kita dapat dari sini. Bagi pelajar-pelajar yang buat kerja kursus tentang sejarah boleh laa dapat sumber sekunder dari sini. Selain itu, dengan adanya 'patung-patung' (idk to describe) dan infographic, menarik lagi minat orang ramai untuk memahami sejarah in simple way. So, ia tidak nampak membosankan. 

Proses dalam makmal setelah perlombongan bijih besi.

Infographic lokasi perlombomgan.


Anda juga akan dibawa ke lapangan iaitu tempat perlombongan tersebut dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak muzium. Buat masa sekarang, tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat Muzium Bukit Besi ini. Tak tahu laa untuk tahun depan macam mana... 

Aku cadang, korang datang la Muzium Bukit Besi pada waktu pagi dalam pukul 10-11. So, lepas tu korang boleh lepak kat Taman Rekreasi Tasik Puteri (next entry). Hehehe. Boleh bawa anak-anak berkelah dan mandi-manda. Aktiviti cuti sekolah katakan. Penuhkan diari anak anda untuk buka sekolah nanti. Hehehe. 

Bye. Thank you.



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Thursday, July 18, 2019

Japanese Villages Colmar

sambungan.............

Japanese Villages Colmar

Ini tempat kedua, aku and the geng pergi lepak, lepas pergi Cormal Tropical Resort. Bagi aku tempat ni sgt sesuai org yg nak lapangkan fikiran, nk hilang stress dari kota raya sangat digalakkan. Tempat ni sgt tenang, sunyi je... Dan tempat ni sejuk sgt... Ala² Cameron Highland, tp tak perlu smpai nak bwk sweater bagai.🤪

Kat sini, korang macam pergi hutan buatan. Korang kene daki sikit untuk sampai ke destinasinya. Ala² jungle trekking gitu (treknya bertangga tau). Ok laa, boleh exercise sikit😅. Orang yg pakai ala² princess, kat sini aku suggest pakai laa sport or flat shoes, sebab kat sini banyak mendaki dan jalannya agak² berbatu.. Kalau aku pakai selipar flat je, sbb aku mmg jenis suke pakai selipar 😜

Bila korang smpai sana, korang bayangkan ea, korang dengar siulan burung dengan buluh, korang dengar air mengalir dengan rasa yg sejuk. Korang berjalan lagi korang akan nmpak air terjun buatan yg mengalir, dalamnya ada ikan berenang ke sini sana. Bagi aku sgt tenang... Kat sini jugak korang boleh masuk rumah ala² jepun dan boleh pakai kimono kalau nk acah² jadi gadis jepun🥰. Sehelai kimono boleh sewa dengan harga RM20. So, boleh laa korang ber ootd dengan kimono dekat taman² dia tu... 

Nanti, korang jalan² lagi kedepan, korang akan nmpak lereng² bukit sebelah, tp korang pun sebenarnya berada dilereng bukit jugak. Depan mata korang hanya nampak hijau je... Baik untuk mata... So, kitorg masuk sini dalam pukul 12.30 tgh hari mcm tu. Matahari mmg atas kepala. Masa awal² sampai sini rasa panas, tp masuk je tamannya, rasa sejuk..... Atas kepala matahari, tapi rasa sejuk...🌬️


Ni dekat pintu masuknye, selepas korang dah mendaki bertingkat-tingkat tangga.

Ni laluan dalam Japenese Village. Sejuk dan tenang gile. Korang akan dengar buluh bersiur.
Kolam ikan buatan 
Air terjun buatan. Bunyi dia sgt natural

Ni la tangganya, pakai la yg selesa untuk korang.
Tu member aku, dia punya shoes tecabut tapak tu, acah-acah control tak de ape yang berlaku.....

Ni tangga first, dekat parking. Tak silap panjang jugak tangga ni.

So, itu la serba sedikit pasal Japanese Village Colmar. Duit korang melabur kat sini hanya lah RM20 untuk kimono, tu pun kalau korang pakai laa.. hehe.. Kalau nak jimat korang share-share laa dengan member korang.. Sewa satu pakai 5 org. hik hik hik.. Nak photoshoot jew kan...

Ok, lepas kitorang lepak sini, aku and the gang sambung perjalanan ke Genting pulak. Next entry aku cerita... Dan, aku akan senaraikan itinerary perjalanan kami dengan sewa kereta, minyak, makan, tol, etc untuk short escape kali ni.



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Thursday, July 4, 2019

Cormal Tropical Resort

Assalamualaikum dan hai warga alam maya!!!!

Ok, hari ni aku cerita pasal 'short escape' ke Bukit Tinggi. Ni last minute planning. Group aku ni suke buat last minute planning. Kalau plan awal² konfen terbatal last minute.. Yang last minute planning boleh pulak jadinya... Huhu... Feningggg aku....😂

Ok ni aku bagi bajet² student laaa neh... Org dh kerja tak pe, duit masyukkkk... Ok, aku cerita satu persatu tempat aku pergi melawat.

Cormal Tropical Resort

Tempat ni menarik bagi aku. Design bangunan dia ala² Eropah zaman dulu-dulu. Kalau dalam cerita mat saleh, ala² cowboy village gitewww. Bagi aku, siapa yg minat bangunan ala² sejarah boleh laa datang sini. Kat sini nak buat photoshoot pun cantik dengan berlatar belakang hutan² yg di selumbungi dengan kabus². Kat sini jugak banyak taman bunga yg cantik. Untuk yg suka ootd, boleh laa korang ber'ootd kat sini... Konfennn meletop gambar korang.🥰 Kat sini, kalau datang waktu malam lagi cantik. Sebab korang akan rasa macam pergi melancong luar negara..... 

Ok, Cormal Tropical Resort ni, aku pergi pada waktu pagi. Dalam jam 11 pagi. Suhu agak panas laa. Nak dtg sini boleh je korang nak pakai ala² princess, sbb sini tak berapa nk mencabar perjalanannya, sebab korang naik kereta, terus park kat situ jew. So, ok je nak pakai heels, apa² yg leceh... Khas untuk girls yg suka pakai ala² princess laa... Kalau korang yg jenis pakai jeans, blouse and etc, aku tak kisah sgt... Kat bawah aku drop beberapa gambar, kut² menarik di pandangan korang.

Ni, mercu Cormal Tropical Resort


Atas penginapan, bawah tu restaurant


Design bangunannya


Gambar ni ambil dari clock building


Cekodok-cekodok aku ni


Cekodok ku acah-acah bahagia


Acah-acah berbunga


Sambung balik story yee... Actually, Cormal Tropical & Japanese Village ni dia terletak tempat yang sama je. Nanti korang akan masuk satu pintu pagar, kat situ korang kene bayar 
RM 15 per head and then drive ke depan sikit akan jumpe roundboard (x silap laa), kalau ambil jalan kanan untuk ke Cormal Tropical, kalau ambil kiri untuk ke Japanese Village Colmar. hmmm rasanya laa, lupe sudaaa... hehe sory... 

Ok, pasal Japanese Village Colmar nanti aku story dekat next entry ye........ :)



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...