Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Friday, November 19, 2021

Cara mencegah diri dari Jangkitan Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Soalan:

Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu/boleh diambil oleh individu/masyarakat dalam menangani penyakit berjangkit iaitu Covid-19? Huraikan.

Jawapan:

Pencegahan atau intervensi adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko atau ancaman kepada kesihatan mahupun kemalangan. Pencegahan boleh dikategori kepada tiga klafikasi iaitu:

  1. Pencegahan Primer (Primary Prevention)
  2. Pencegahan Sekunder (Secondary Prevention)
  3. Percegahan Tertiari (Tertiary Prevention)
Pencegahan Primer:
Pencegahan primer adalah untuk mencegah sesuatu penyakit atau kemalangan sebelum terjadi. Ia biasanya ditujukan kepada individu/seseorang yang sihat dan belum dijangkiti, sakit ataupun  kemalangan. Antara percegahan primer yang boleh dijalankan dalam konteks penyakit Covid-19 adalah:
  • Penguatkuasaan (enforcement/legislation): Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
  • Pendidikan Kesihatan (Health Education): Memperkenalkan norma selamat seperti penjarakkan sosial, membasuh tangan dengan kerap, sentiasa memakai penutup muka dan sebagainya untuk mengelak dari terkena jangkitan.
  • Program Vaksinasi (Vaccination): Melaksanakan program vaksinasi kepada individu dimana ia dapat melindung diri daripada mendapat jangkitan yang memudaratkan.
Pencegahan Sekunder:
Pencegahan sekunder adalah untuk individu yang mendapat jangkitan atau kemalangan dimana ia bertujuan untuk mengurangkan kesan/impak kepada individu tersebut dan masyarakat lain. Pencegahan sekunder dapat  mengesan dan merawat penyakit/jangkitan tersebut dengan segera.
  • Pemeriksaan dan screening test
  • Pengasingan atau kuarantin untuk mengelak dari merebak jangkitan tersebut.
  • pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit atau simptom semakin melarat.
Pencegahan Tertiari:
Pencegahan tertiari adalah untuk membantu individu/masyarakat selepas terkena jangkitan untuk mengurus long-term effect supaya dapat hidup atau menjalankan aktiviti harian seperti sebelumnya.
  • Menjalankan rehabilitasi seperti bersenam supaya lebih cergas. Seperti kita tahu, individu yang terkena jangkitan Covid-19 cepat merasa letih dan malaise.

Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai pencegahan yang boleh kita amalkan untuk mengelak diri dari jangkitan Covid-19. Patuhi semua SOP yang telah dikuatkuasa oleh pihak Kesihatan dimana ia dapat mengurangkan jangkitan dalam masyarakat. Norma baru mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan.

Terima kasih. 

Stay Safe and Healthyđź’•

Sunday, November 14, 2021

Simptom atau Gejala pesakit Covid 19

Hari ini aku sambung mengenai simptom atau gejala Covid 19 seperti yang dijanjikan di entry aku sebelum ini. Antara simptom atau gejala Covid 19 yang kita orang alami sepanjang disahkan positif Covid 19 seperti berikut:
  • Suhu badan tinggi (Demam)
Peningkatan suhu badan dari aras normal adalah simptom/gejala awal yang dialami oleh setiap pesakit Covid 19. Demam yang dialami seperti panas dalam, sakit kepala dan sakit sendi/otot. Ada masa, tiba-tiba rasa sejuk seluruh badan sehingga rasa kekejangan otot bahagian kaki.  Jadi pada masa ini, kita orang makan panadol untuk kawal suhu badan dan sakit badan.

  • Selsema/flu/Batuk/Sakit tekak

Kita orang juga mengalami selsema/flu, batuk dan sakit tekak. Selsema ini menyebabkan hidung berair tetapi tidak berhingus. Hidung akan rasa tersumbat dan saluran pernafasan rasa sesak. Nak bernafas pun agak kurang puas. 

  • Hilang deria rasa dan bau 

Bermula pada hari kedua/ketiga jangkitan, kita orang mengalami kehilangan rasa dan bau. Kehilangan rasa ibarat kita minum air teh tapi tidak rasa teh, makan maggi tapi tidak rasa maggi. Macam hilang nikmat gitu. Kalau hilang bau ibarat kau tak bau kentut kau sendiri. Begitu la simptom/gejalanya. Simptom/gejala paling lambat nak pulih. Sehingga hari ke-14 pun still tak boleh rasa dan bau. Tapi, atas diri masing-masing. 

  • Keletihan/Lesu 

Badan akan rasa letih dan lesu. Rasa macam nak tidur dan baring atas katil sepanjang hari. Macam tak ada mood dan malas nak buat semua kerja. Ini kemungkinan sebab badan kita penat dengan demam, selsema itu semua.

  • Cirit Birit

Ada juga yang mengalami cirit-birit. Simptom/gejala ini dikesan pada hari pertama/kedua macam tu la.

Itu adalah antara simptom/gejala yang kita orang alami sepanjang terkena jangkitan Covid 19. Di bawah klafikasi Cat-2A. Untuk makluman, ada orang yang positif Covid 19 tetapi tidak mengalami simptom/gejala seperti adik aku yang sorang ni memang tak ada langsung gejala dari hari pertama sehingga hari ke-14. Sihat je Alhamdulillah. 

Ok lah, itu lah serba sedikit yang aku boleh kongsikan. Jaga diri semua!!!

Terima Kasih.



One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...