Sunday, March 2, 2025

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!!

Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua dengan member aku dengan menaiki kapal terbang. Pergi pagi, balik malam. 

Singapore dikenali sebuah negara maju  dan mempunyai pengakutan awam yang efeksyen serta mudah diakses dimana-mana. Oleh sebab itu, perjalanan aku kalini hanya dengan menggunakan MRT sahaja sama seperti Jepun.

Perjalanan bermula jam 0625, berlepas dari KLIA 2 dan sampai ke Lapangan Terbang Changi pada jam 0800.

Maka bermula perjalanan aku dan ini adalah antara tempat yang aku lawat:

1. Jewel Changi - Dah sampai airport, ni landmark yang kene pergi. Air terjun dari langit. Aku panggil "town in city, lost in jungle". Air terjun bukak pada jam 1000. Jewel Changi ni adalah shopping mall airport dan terletak di Terminal 1. Aku landing di Terminal 4, dan utk kesini perlu naik bas yang disediakan oleh airport ke Terminal 1.(foc)

Jewel Changi Airport

2. Funan Mall -  Kesini semata-mata untuk cari Wingstop Chicken. Orang kata datang sini kene try. Alang-alang keretapi satu laluan, aku stop sini kejap untuk makan tengahari. Keratapi dalam mall je. Sedap (ala-ala kfry tapi banyak perasa) dan portionnya pun besar. Satu set boleh makan 2 orang. Air boleh refill. 

Wingstop Chicken Checked

3. Universal Studio Singapore - USS, well known. Semestinya kene datang untuk "tanda hadir". Nak main permainan dalam ni beli siap-siap tiket di Klook atau Agoda, lagi murah dalam RM200++. Nak kesini, dia ade train khas dia (Sentosa Express) atau boleh naik kereta kabel.


 
Hello Universal Studio Singapore

4. Fort Canning Tree Tunnel - Ini yang aku tunggu-tungu, Hidden Germs. Spot untuk ambil gambar. Ia hanya sebuah taman botani macam tu, tapi yang menarik gambarnya. Satu kepuasan kalau boleh ambil gambar ni. Macam Lost in Jungle.


Fort Canning Tree Tunnel, Love it!!!

5. Chinese Village - Perkampungan Cina dan kuilnya. Boleh la ambil gambar yang suka nak bergambar. Landmark "tanda hadir".


Chinese Town, Singapore

6. Bugis Street - Tempat untuk beli ole-ole. Boleh la wak raso-raso dengan keramaian manusia. Ibarat macam Jalan Alur di Malaysia.

7. Haji Lane - Ni pun sama je macam Bugis Street. Tapi kat sini banyak selfphoto studio dan macam-macam jenis ada (laundry,kitchen,nostalgia,lift,hiphop etc.). Siapa yang minat estektik2 boleh datang sini.

8. Sultan Mosque - Berhenti rehat dan Solat Jama' Asar dan terus tunggu Magrib. Masjid ni sangatlah meriah. Selalu penuh. Di sekelilinganya itu ibarat Masjid India di Malaysia. Penuh dengan kedai makan arab, kedai ole-ole dan etc. Dan aku dinner di sebelah masjid ini iaitu kedai martabak famous tu.




Ini antara kawasan tersebut, dekat je, Lorong by Lorong

9. Merlion, Garden Bay, Helix Bridge & Marina Bay - Sini aku tak pergi, sebab ada hal yang tidak dapat dielakan. Kalau ikut itinerari, sempat je nak pergi sebelum balik Malaysia. Sayang, kat sini lagi banyak spot cantik nak bergambar. Haha. Lain kali datang lagi.


Jam 2300 bertolak balik Malaysia. Bye-Bye Singapore. Pengalaman yang menarik untuk kali pertama datang sini berdua dengan member dan boleh kenal budaya Singapore. Fully Planned and Mission Completed. We did it!!!


Dan yang penting trip kali ni jumlah kesemua adalah bawah RM 500!!!

Keratapi, aku fully used TNG Visa card dan member aku guna WISE card.


Kalau aku jual Itinerari Penuh (Tempat, Laluan & No. Keretapi, Jumlah Keseluruhan), ada nak beli tak? MurMur je kita jual... hehe


#onedaytripSingapore



                 "This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

No comments:

Post a Comment

One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...