Sunday, December 13, 2020

Asasi Sains Pertanian UPM (Part II)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum dan hai semua.
Harap semua dalam keadaan sihat dan jauh dari wabak Covid-19.

Ok, hari ni aku sambung balik pasal Asasi Sains Pertanian (Asper).
Untuk entry kali ni aku cerita pasal Penginapan untuk student Asper. Mesti ramai tertanya-tanya kat mana student Asper menginap kan?

Actually, untuk student Asper ni diorang dah sediakan satu kolej iaitu KOLEJ 13. Dekat Kolej 13 ni mostly student Asper tetapi tidak semua boleh duduk kat Kolej 13 ni. Ada je yang "tercampak" ke kolej-kolej lain. Kebiasaanya yang daftar lambat atau dah tak de kekosongan. Tapi kepada golongan yang tercampak tu, tak usah sedih atau nak melalak, actually yang tercampak ni lagi seronok sebenarnya (for me la)๐Ÿ˜… sebab korang akan menginap di kolej lain yang mostly tempat student degree menginap.

Sekarang, aku cerita dulu pasal penginapan dekat KOLEJ 13 ok.๐Ÿ‘Œ


a) KOLEJ 13
Sape-sape yang menginap kat Kolej 13 ni, korang akan duduk satu bilik 6 orang (like dorm). Bangunannya macam asrama/sekolah (bilik,bilik,bilik,bilik dan kat hujung ade toilet&bathroom) haa giteww... So, dalam bilik dia dah buat partition untuk 6 orang. So, masing2 ada partition dan kat tengah  dorm biasanya tempat lepak atau makan-makan bersama roomate๐Ÿ˜. Ni je la aku boleh cerita serba sedikit pasal Kolej 13, sebab masa Asper aku tak dapat Kolej 13. Actually, duduk kat Kolej 13 ni seronok sebab korang jumpe semua satu course and satu batch. Kalau buat aktiviti kolej korang kene join sebab kat kolej 13 hampir 80% penghuninya budak Asper. Budak degree sikit je, so kalau buat aktiviti kolej, hampa semua laa kene join kalau tak sape laa nak join๐Ÿ˜….


Kolej 13 (source: from google)


Dorm Kolej 13 (source: from google)


Partition Dorm Kolej 13 (source: from google)


Ok, aku cerita tempat penginapan aku luar dari Kolej 13 ok. (Seronok Baq hang)๐Ÿ˜


b) KPZ, KTP, KTDI, etc.
Aku menginap di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Tak jauh pun dari Kolej 13. Dalam kawasan yang sama, yang memisahkan kita hanyalah simpang 4 dan sebuah PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Kolej KPZ ni, design bangunan lama (kedudukan bloknya,persegi) kat tengah2 blok ada court. Kat sini bilik, bukan dorm. Setiap bilik 2 orang. Sebabkan bloknya persegi, so kalau korang free hair pun tak de org nampak sebab koridornya belah dalam. Toilet dan bathroom duduk tengah2 koridor. Sebelah toilet ada tempat dobi. Mesin dobi disediakan setiap 2 aras. Lepas tu, kalau korang buka pintu bilik, korang dah boleh sembang dengan member korang sebelah sana. KPZ ni mostly budak degree (kos perhutanan, alam sekitar, teknologi kayu etc.). Budak Asper sikit je, setiap blok ade dalam 5-8 org macam tu je, so satu kolej tu dalam 50 org je budak Asper. Kalau ada aktiviti kolej, kita orang jarang join (kadang-kadang malas jugak nak join)๐Ÿ‘€. hehe. Kebiasaanya aktiviti kolej ni tuk budak degree sebab diorang kene kumpul merit untuk stay kolej. Kalau Asper tak payah, tapi kalau korang bosan, tak de kerja, apa salahnya join aktiviti diorang, kan? 

Actually, tak semua yang "tercampak" stay KPZ, ada lagi Kolej lain: KTP, KTDI, Kolej 6, KOSAS, Kolej 2. Tapi Kolej ni semua sistem dia sama je macam KPZ. So, korang yang "tercampak" jangan risau, seronok sebenarnya duduk Kolej2 dengan akak/abg degree ni. hehe.


KPZ (source: from google)


contoh bilik KPZ (source: from google)



c) KAFE
Kalau bab makan semua jangan risau, kat UPM banyak Kafe. Tutup satu, satu lagi buka. Yang pasti sebagai budak Asper kalau time budak degree cuti sem, mostly kafe akan tutup tetapi kolej 13 sentiasa buka selagi ade budak Asper. Tak pun korang makan laa dekat Flat Ikan (next entry). The Mines & IOI Mall pun dekat.. hehehe.. Yang pasti senang nak cari makan kat UPM. Malas dan rajin je.



Apa-apa pun, dimana pun, kolej mana-mana pun semuanya seronok. Semua itu terserah kepada diri kita untuk adapt di sesuatu kawasan atau situasi. Yang pasti bila belajar benda kita suka/minat, semua benda jadi seronok walaupun tercampak di hutan belantara mana.๐Ÿ˜†

Ok laa, aku stop dulu. Nanti aku sambung lagi...........๐Ÿ’—

Tuesday, August 20, 2019

Resepi Kek Batik Cadbury yang sangat senang

Assalamualaikum semua ~Merhaba

Hari ni aku dalam mood rajin nak main masak-masak๐Ÿ˜†. Aku ni kaum je wanita sejati, tp bab masak ni bukan reti sangat.  Reti cari resepi jew๐Ÿ˜ Masak aku suruh org lain. hehe... Ok, hari ni aku try kek batik biskut marie. Asyik makan yang orang lain buat jew, nak jugak try kan ๐Ÿ˜™. So, hari ni aku buat kek batik ala-ala aku. Main-main campak je dlm kuali. Biarlah org nak kata resepi dah lapuk ke ape ke, suka aku laa.. Peduli ape aku...๐Ÿ™„ 

Ok, jom laa aku share resepi kek batik cadbury ala campak-campak aku ni....

Bahan-bahan
• biskut marie (1packet)
• milo (2 cup)
• buttercup 250g (half)
• cadbury (6 biji) ~ni lebihan yg ade dlm peti ais๐Ÿคช
• susu pekat ( 1/2 cup) ~tapi aku gune kurang lagi, sbb x suka manis
• susu cair ( 3/4 cup) 

Cara-cara
1. Panaskan separuh dari buttercup tu sampai cair.
2. Masukkan 2 cawan milo dan gaul hingga sekata (perlahankan api, takut hangit).
3. Sambil-sambil gaul, masukkan laa cadbury, susu pekat dan susu cair tu biar dia cair sekali. Lepastu, gaul je la sampai sebati dan likat.
4. Kalau tak manis, tambah la lagi susu pekat tu. Kalau tak rasa lemak susu, tambah la lagi susu cair tu. Ikut laa citarasa kamu. Nama pun resepi campak-campak๐Ÿ˜…
5. Apabila dah sebati elok, tutup gas, biarkan dia suam sikit. Then, masukkan laa biskut marie yg diserpih dua. Gaul semua sampai biskut tu bersalut dgn coklat tadi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan sampai padat dan mampat. 
7. Nak cantik, buat la topping supaya dapat tutup rekahan-rekahan bhgian atas tu....

Topping
1. Panaskan (double heat boiler) Cadbury, susu pekat (1sudu), buttercup (2sudu), sedikit susu cair dan beberapa titis minyak masak. (Sampai cair dan likat)
2. Then, letak laa atas kek batik kamu tu biar rata... Baru nampak cantik dan mewah kek kamu tu... 
3. Lastly, masuk laa dalam peti ais selama 3-6 jam...

Potong laa cantik-cantik....(nak potong cantik, pastikan pisau tu celup air panas dulu)

Dah siappppp untuk menjamu selera~๐Ÿฅฐ

Tq:)



Kek batik cadbury campak-campak


by: cap anak

Judgement Quotes

Judgement!!!


"Blowing out someones candle doesn't make ours shine any brighter.."

"And if you're trying to pull people down, remember that, you're already below them.."

When someone says that we're beautiful, we believe them for like a moment...
But, when someone tells us we're ugly, we believe them for a lifetime...

Our mind constantly tricks us into amplifying the negatives and minimizing the positives...


Saturday, July 20, 2019

Time is more Valuable than Money

You can always get more money, but you can never get more time. So, remember.....

in the end it won't matter how many clients we have or how much money is in our bank accounts, what will matters, is how much time we spent with people we love?

"Time is more valuable than money"


Thursday, July 18, 2019

Japanese Villages Colmar

sambungan.............

Japanese Villages Colmar

Ini tempat kedua, aku and the geng pergi lepak, lepas pergi Cormal Tropical Resort. Bagi aku tempat ni sgt sesuai org yg nak lapangkan fikiran, nk hilang stress dari kota raya sangat digalakkan. Tempat ni sgt tenang, sunyi je... Dan tempat ni sejuk sgt... Ala² Cameron Highland, tp tak perlu smpai nak bwk sweater bagai.๐Ÿคช

Kat sini, korang macam pergi hutan buatan. Korang kene daki sikit untuk sampai ke destinasinya. Ala² jungle trekking gitu (treknya bertangga tau). Ok laa, boleh exercise sikit๐Ÿ˜…. Orang yg pakai ala² princess, kat sini aku suggest pakai laa sport or flat shoes, sebab kat sini banyak mendaki dan jalannya agak² berbatu.. Kalau aku pakai selipar flat je, sbb aku mmg jenis suke pakai selipar ๐Ÿ˜œ

Bila korang smpai sana, korang bayangkan ea, korang dengar siulan burung dengan buluh, korang dengar air mengalir dengan rasa yg sejuk. Korang berjalan lagi korang akan nmpak air terjun buatan yg mengalir, dalamnya ada ikan berenang ke sini sana. Bagi aku sgt tenang... Kat sini jugak korang boleh masuk rumah ala² jepun dan boleh pakai kimono kalau nk acah² jadi gadis jepun๐Ÿฅฐ. Sehelai kimono boleh sewa dengan harga RM20. So, boleh laa korang ber ootd dengan kimono dekat taman² dia tu... 

Nanti, korang jalan² lagi kedepan, korang akan nmpak lereng² bukit sebelah, tp korang pun sebenarnya berada dilereng bukit jugak. Depan mata korang hanya nampak hijau je... Baik untuk mata... So, kitorg masuk sini dalam pukul 12.30 tgh hari mcm tu. Matahari mmg atas kepala. Masa awal² sampai sini rasa panas, tp masuk je tamannya, rasa sejuk..... Atas kepala matahari, tapi rasa sejuk...๐ŸŒฌ️


Ni dekat pintu masuknye, selepas korang dah mendaki bertingkat-tingkat tangga.

Ni laluan dalam Japenese Village. Sejuk dan tenang gile. Korang akan dengar buluh bersiur.
Kolam ikan buatan 
Air terjun buatan. Bunyi dia sgt natural

Ni la tangganya, pakai la yg selesa untuk korang.
Tu member aku, dia punya shoes tecabut tapak tu, acah-acah control tak de ape yang berlaku.....

Ni tangga first, dekat parking. Tak silap panjang jugak tangga ni.

So, itu la serba sedikit pasal Japanese Village Colmar. Duit korang melabur kat sini hanya lah RM20 untuk kimono, tu pun kalau korang pakai laa.. hehe.. Kalau nak jimat korang share-share laa dengan member korang.. Sewa satu pakai 5 org. hik hik hik.. Nak photoshoot jew kan...

Ok, lepas kitorang lepak sini, aku and the gang sambung perjalanan ke Genting pulak. Next entry aku cerita... Dan, aku akan senaraikan itinerary perjalanan kami dengan sewa kereta, minyak, makan, tol, etc untuk short escape kali ni.



"This is my story and just for keeping as my sweet memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Saturday, July 6, 2019

Life Quotes

So, remember......

"to love the life you have because only when you stop looking around that's when you can appreciate what's right in front of you...."


One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...