Friday, November 19, 2021

Cara mencegah diri dari Jangkitan Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Soalan:

Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu/boleh diambil oleh individu/masyarakat dalam menangani penyakit berjangkit iaitu Covid-19? Huraikan.

Jawapan:

Pencegahan atau intervensi adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko atau ancaman kepada kesihatan mahupun kemalangan. Pencegahan boleh dikategori kepada tiga klafikasi iaitu:

  1. Pencegahan Primer (Primary Prevention)
  2. Pencegahan Sekunder (Secondary Prevention)
  3. Percegahan Tertiari (Tertiary Prevention)
Pencegahan Primer:
Pencegahan primer adalah untuk mencegah sesuatu penyakit atau kemalangan sebelum terjadi. Ia biasanya ditujukan kepada individu/seseorang yang sihat dan belum dijangkiti, sakit ataupun  kemalangan. Antara percegahan primer yang boleh dijalankan dalam konteks penyakit Covid-19 adalah:
  • Penguatkuasaan (enforcement/legislation): Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
  • Pendidikan Kesihatan (Health Education): Memperkenalkan norma selamat seperti penjarakkan sosial, membasuh tangan dengan kerap, sentiasa memakai penutup muka dan sebagainya untuk mengelak dari terkena jangkitan.
  • Program Vaksinasi (Vaccination): Melaksanakan program vaksinasi kepada individu dimana ia dapat melindung diri daripada mendapat jangkitan yang memudaratkan.
Pencegahan Sekunder:
Pencegahan sekunder adalah untuk individu yang mendapat jangkitan atau kemalangan dimana ia bertujuan untuk mengurangkan kesan/impak kepada individu tersebut dan masyarakat lain. Pencegahan sekunder dapat  mengesan dan merawat penyakit/jangkitan tersebut dengan segera.
  • Pemeriksaan dan screening test
  • Pengasingan atau kuarantin untuk mengelak dari merebak jangkitan tersebut.
  • pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit atau simptom semakin melarat.
Pencegahan Tertiari:
Pencegahan tertiari adalah untuk membantu individu/masyarakat selepas terkena jangkitan untuk mengurus long-term effect supaya dapat hidup atau menjalankan aktiviti harian seperti sebelumnya.
  • Menjalankan rehabilitasi seperti bersenam supaya lebih cergas. Seperti kita tahu, individu yang terkena jangkitan Covid-19 cepat merasa letih dan malaise.

Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai pencegahan yang boleh kita amalkan untuk mengelak diri dari jangkitan Covid-19. Patuhi semua SOP yang telah dikuatkuasa oleh pihak Kesihatan dimana ia dapat mengurangkan jangkitan dalam masyarakat. Norma baru mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan.

Terima kasih. 

Stay Safe and Healthy💕

Sunday, November 14, 2021

Simptom atau Gejala pesakit Covid 19

Hari ini aku sambung mengenai simptom atau gejala Covid 19 seperti yang dijanjikan di entry aku sebelum ini. Antara simptom atau gejala Covid 19 yang kita orang alami sepanjang disahkan positif Covid 19 seperti berikut:
  • Suhu badan tinggi (Demam)
Peningkatan suhu badan dari aras normal adalah simptom/gejala awal yang dialami oleh setiap pesakit Covid 19. Demam yang dialami seperti panas dalam, sakit kepala dan sakit sendi/otot. Ada masa, tiba-tiba rasa sejuk seluruh badan sehingga rasa kekejangan otot bahagian kaki.  Jadi pada masa ini, kita orang makan panadol untuk kawal suhu badan dan sakit badan.

  • Selsema/flu/Batuk/Sakit tekak

Kita orang juga mengalami selsema/flu, batuk dan sakit tekak. Selsema ini menyebabkan hidung berair tetapi tidak berhingus. Hidung akan rasa tersumbat dan saluran pernafasan rasa sesak. Nak bernafas pun agak kurang puas. 

  • Hilang deria rasa dan bau 

Bermula pada hari kedua/ketiga jangkitan, kita orang mengalami kehilangan rasa dan bau. Kehilangan rasa ibarat kita minum air teh tapi tidak rasa teh, makan maggi tapi tidak rasa maggi. Macam hilang nikmat gitu. Kalau hilang bau ibarat kau tak bau kentut kau sendiri. Begitu la simptom/gejalanya. Simptom/gejala paling lambat nak pulih. Sehingga hari ke-14 pun still tak boleh rasa dan bau. Tapi, atas diri masing-masing. 

  • Keletihan/Lesu 

Badan akan rasa letih dan lesu. Rasa macam nak tidur dan baring atas katil sepanjang hari. Macam tak ada mood dan malas nak buat semua kerja. Ini kemungkinan sebab badan kita penat dengan demam, selsema itu semua.

  • Cirit Birit

Ada juga yang mengalami cirit-birit. Simptom/gejala ini dikesan pada hari pertama/kedua macam tu la.

Itu adalah antara simptom/gejala yang kita orang alami sepanjang terkena jangkitan Covid 19. Di bawah klafikasi Cat-2A. Untuk makluman, ada orang yang positif Covid 19 tetapi tidak mengalami simptom/gejala seperti adik aku yang sorang ni memang tak ada langsung gejala dari hari pertama sehingga hari ke-14. Sihat je Alhamdulillah. 

Ok lah, itu lah serba sedikit yang aku boleh kongsikan. Jaga diri semua!!!

Terima Kasih.



Sunday, November 7, 2021

Di sahkan Positif Covid-19

Assalamualaikum dan hai semua.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain."
(Hadith Riwayat Abu Daud)


Entry kali ini, aku cerita pengalaman aku dan keluarga disahkan positif Covid-19. Ujian aku dan keluarga untuk tahun 2021.

Aku sekeluarga dapat jangkitan Covid-19 dari tempat kerja dimana ayah aku terkena jangkitan di tempat kerja beliau.  Pertama sekali,  ayah aku demam,  pergi KK untuk dapat rawatan (demam jangkitan kuman/air kencing kotor) perkara biasa sbb mmg dari dulu lagi ayah kalau demam,  Doktor bagi antibiotik. Dalam masa yg sama, Doktor pesan buat swab test Covid-19. Then,  pergi bahagian swab test dekat KK,  nurse cakap tak boleh buat kalau tak ada close contact. 

Keesokannya:-
29/9 : Ayah buat ujian covid-19 guna test kit (RCT) keluar result 2 line (positif). Terus pergi KK tunjuk result.  Pihak KK terus buat swab test. Utk result ambil masa 3 hari. So,  start hari ni kitaorg satu keluarga tak keluar kemana-mana (self quarantine).

1/10 : Dapat mesej result ayah positif. 

2/10 : Ayah kene pergi KK untuk next check up (test B/P, suhu badan, SPO2, nadi etc.). Petang tu pihak KKM datang bawak ayah pergi pusat quarantine.

Dan, pada 2/10 ahli keluarga yg lain pun dah mula ada gejala covid-19.

3/10: Aku dan keluarga yg lain kene pergi KK untuk buat swab test as close contact dgn ayah. Seperti biasa result selepas 3 hari. Dan,  start hari ni kitaorg dah kene 'gari' gelang merah sampai 14/10.

'Bergari'  gelang merah 😏



Swab test oleh pihak KK


6/10: Result keluar, 5 org positif termasuk aku laa tu😂 1 org negatif (tapi tetap kene quarantine sama dgn kitaorg) 

7/10: Yang positif kene pergi KK untuk next check up.  Dan disebabkan kitaorg berlima semua positif, pihak KKM bagi quarantine di rumah.

Check up selepas disahkan positif. Kene buat ketuk ketapi selama seminit untuk cek SPO2 level😅


So,  bermula 8/10 setiap pagi akan dapat morning call dari KK dan juga KKM tanya khabar.  Kadang pagi,  kadang petang😂. Quarantine di rumah pun, setiap pagi kene whatsapp pihak KK kita punya B/P, suhu badan, kadar SPO2 dan nadi. Mmg dia pantau la.👍

Rutin setiap pagi selepas solat subuh. Cek B/P, SPO2, Suhu badan dan kadar nadi.

14/10: Potong gelang, cuma gejala masih ada laa sikit-sikit. Nurse bagitahu ambil masa 3 bulan jugak laa nk pulih sepenuhnya. 

Alhamdulillah, sepanjang 14 hari aku dan keluarga bergejala sampai kategori 2A sahaja dan kitaorg semua dah ambik vaksin. 

Selepas 14 hari, dah boleh potong gelang dan semakin membaik🤗 Alhamdulillah 🥰


Itu lah serba sedikit pengalaman yang boleh aku kongsi kan dan sebagai coretan hidup untuk simpanan aku. ❤️

Simptom/gejala yang kitaorg rasa, aku akan post untuk next entry ok.

Keep smile, stay safe and healthy🤗


"This is my story and just for keeping as my memorial, if you don't like, just ignore it-Ms.23"

Sunday, December 13, 2020

Asasi Sains Pertanian UPM (Part II)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum dan hai semua.
Harap semua dalam keadaan sihat dan jauh dari wabak Covid-19.

Ok, hari ni aku sambung balik pasal Asasi Sains Pertanian (Asper).
Untuk entry kali ni aku cerita pasal Penginapan untuk student Asper. Mesti ramai tertanya-tanya kat mana student Asper menginap kan?

Actually, untuk student Asper ni diorang dah sediakan satu kolej iaitu KOLEJ 13. Dekat Kolej 13 ni mostly student Asper tetapi tidak semua boleh duduk kat Kolej 13 ni. Ada je yang "tercampak" ke kolej-kolej lain. Kebiasaanya yang daftar lambat atau dah tak de kekosongan. Tapi kepada golongan yang tercampak tu, tak usah sedih atau nak melalak, actually yang tercampak ni lagi seronok sebenarnya (for me la)😅 sebab korang akan menginap di kolej lain yang mostly tempat student degree menginap.

Sekarang, aku cerita dulu pasal penginapan dekat KOLEJ 13 ok.👌


a) KOLEJ 13
Sape-sape yang menginap kat Kolej 13 ni, korang akan duduk satu bilik 6 orang (like dorm). Bangunannya macam asrama/sekolah (bilik,bilik,bilik,bilik dan kat hujung ade toilet&bathroom) haa giteww... So, dalam bilik dia dah buat partition untuk 6 orang. So, masing2 ada partition dan kat tengah  dorm biasanya tempat lepak atau makan-makan bersama roomate😍. Ni je la aku boleh cerita serba sedikit pasal Kolej 13, sebab masa Asper aku tak dapat Kolej 13. Actually, duduk kat Kolej 13 ni seronok sebab korang jumpe semua satu course and satu batch. Kalau buat aktiviti kolej korang kene join sebab kat kolej 13 hampir 80% penghuninya budak Asper. Budak degree sikit je, so kalau buat aktiviti kolej, hampa semua laa kene join kalau tak sape laa nak join😅.


Kolej 13 (source: from google)


Dorm Kolej 13 (source: from google)


Partition Dorm Kolej 13 (source: from google)


Ok, aku cerita tempat penginapan aku luar dari Kolej 13 ok. (Seronok Baq hang)😍


b) KPZ, KTP, KTDI, etc.
Aku menginap di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Tak jauh pun dari Kolej 13. Dalam kawasan yang sama, yang memisahkan kita hanyalah simpang 4 dan sebuah PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Kolej KPZ ni, design bangunan lama (kedudukan bloknya,persegi) kat tengah2 blok ada court. Kat sini bilik, bukan dorm. Setiap bilik 2 orang. Sebabkan bloknya persegi, so kalau korang free hair pun tak de org nampak sebab koridornya belah dalam. Toilet dan bathroom duduk tengah2 koridor. Sebelah toilet ada tempat dobi. Mesin dobi disediakan setiap 2 aras. Lepas tu, kalau korang buka pintu bilik, korang dah boleh sembang dengan member korang sebelah sana. KPZ ni mostly budak degree (kos perhutanan, alam sekitar, teknologi kayu etc.). Budak Asper sikit je, setiap blok ade dalam 5-8 org macam tu je, so satu kolej tu dalam 50 org je budak Asper. Kalau ada aktiviti kolej, kita orang jarang join (kadang-kadang malas jugak nak join)👀. hehe. Kebiasaanya aktiviti kolej ni tuk budak degree sebab diorang kene kumpul merit untuk stay kolej. Kalau Asper tak payah, tapi kalau korang bosan, tak de kerja, apa salahnya join aktiviti diorang, kan? 

Actually, tak semua yang "tercampak" stay KPZ, ada lagi Kolej lain: KTP, KTDI, Kolej 6, KOSAS, Kolej 2. Tapi Kolej ni semua sistem dia sama je macam KPZ. So, korang yang "tercampak" jangan risau, seronok sebenarnya duduk Kolej2 dengan akak/abg degree ni. hehe.


KPZ (source: from google)


contoh bilik KPZ (source: from google)



c) KAFE
Kalau bab makan semua jangan risau, kat UPM banyak Kafe. Tutup satu, satu lagi buka. Yang pasti sebagai budak Asper kalau time budak degree cuti sem, mostly kafe akan tutup tetapi kolej 13 sentiasa buka selagi ade budak Asper. Tak pun korang makan laa dekat Flat Ikan (next entry). The Mines & IOI Mall pun dekat.. hehehe.. Yang pasti senang nak cari makan kat UPM. Malas dan rajin je.



Apa-apa pun, dimana pun, kolej mana-mana pun semuanya seronok. Semua itu terserah kepada diri kita untuk adapt di sesuatu kawasan atau situasi. Yang pasti bila belajar benda kita suka/minat, semua benda jadi seronok walaupun tercampak di hutan belantara mana.😆

Ok laa, aku stop dulu. Nanti aku sambung lagi...........💗

Tuesday, August 20, 2019

Resepi Kek Batik Cadbury yang sangat senang

Assalamualaikum semua ~Merhaba

Hari ni aku dalam mood rajin nak main masak-masak😆. Aku ni kaum je wanita sejati, tp bab masak ni bukan reti sangat.  Reti cari resepi jew😁 Masak aku suruh org lain. hehe... Ok, hari ni aku try kek batik biskut marie. Asyik makan yang orang lain buat jew, nak jugak try kan 😙. So, hari ni aku buat kek batik ala-ala aku. Main-main campak je dlm kuali. Biarlah org nak kata resepi dah lapuk ke ape ke, suka aku laa.. Peduli ape aku...🙄 

Ok, jom laa aku share resepi kek batik cadbury ala campak-campak aku ni....

Bahan-bahan
• biskut marie (1packet)
• milo (2 cup)
• buttercup 250g (half)
• cadbury (6 biji) ~ni lebihan yg ade dlm peti ais🤪
• susu pekat ( 1/2 cup) ~tapi aku gune kurang lagi, sbb x suka manis
• susu cair ( 3/4 cup) 

Cara-cara
1. Panaskan separuh dari buttercup tu sampai cair.
2. Masukkan 2 cawan milo dan gaul hingga sekata (perlahankan api, takut hangit).
3. Sambil-sambil gaul, masukkan laa cadbury, susu pekat dan susu cair tu biar dia cair sekali. Lepastu, gaul je la sampai sebati dan likat.
4. Kalau tak manis, tambah la lagi susu pekat tu. Kalau tak rasa lemak susu, tambah la lagi susu cair tu. Ikut laa citarasa kamu. Nama pun resepi campak-campak😅
5. Apabila dah sebati elok, tutup gas, biarkan dia suam sikit. Then, masukkan laa biskut marie yg diserpih dua. Gaul semua sampai biskut tu bersalut dgn coklat tadi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan sampai padat dan mampat. 
7. Nak cantik, buat la topping supaya dapat tutup rekahan-rekahan bhgian atas tu....

Topping
1. Panaskan (double heat boiler) Cadbury, susu pekat (1sudu), buttercup (2sudu), sedikit susu cair dan beberapa titis minyak masak. (Sampai cair dan likat)
2. Then, letak laa atas kek batik kamu tu biar rata... Baru nampak cantik dan mewah kek kamu tu... 
3. Lastly, masuk laa dalam peti ais selama 3-6 jam...

Potong laa cantik-cantik....(nak potong cantik, pastikan pisau tu celup air panas dulu)

Dah siappppp untuk menjamu selera~🥰

Tq:)



Kek batik cadbury campak-campak


by: cap anak

Judgement Quotes

Judgement!!!


"Blowing out someones candle doesn't make ours shine any brighter.."

"And if you're trying to pull people down, remember that, you're already below them.."

When someone says that we're beautiful, we believe them for like a moment...
But, when someone tells us we're ugly, we believe them for a lifetime...

Our mind constantly tricks us into amplifying the negatives and minimizing the positives...


One Day Trip Singapore

Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...