Spider Lily - source by google |
Hanya sekadar coretan kehidupan yang sementara ini. Short Escape, Cooking, Education, Hobby, Student life and so on. Much Love~
Wednesday, February 16, 2022
Luahan Sang Pencari [Kecewa]
Wednesday, December 29, 2021
Resepi Soto Ayam Nasi Impit yang sangat mudah
Bahan-bahan A: Kuah Sup Soto
- 5 ulas bawang putih*
- 2 inci kunyit hidup*
- 2 inci halia*
- 1 biji bawang besar*
- 3 batang serai*
- 1 paket rempah sup soto
- 1/4 ayam (ambil bahagian dada)
- Minyak masak
- 1 kiub perencah ayam
- Air
- Garam & MSG secukup rasa
Cara-cara memasak Kuah Sup Soto
- Panaskan minyak untuk menumis.
- Masukkan dan tumiskan semua bahan yang ada di dalam paket rempah sup soto dan juga bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan 1/4 ayam dan gaul sehingga rempah-rempah tersebut menyaluti ayam.
- Masukkan air secukup citarasa anda😅(agak2 jadi sup la) dan juga kiub perencah ayam.
- Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, keluarkan 1/4 ayam tadi untuk digoreng nanti.
- Masukkan garam dan MSG secukup rasa..
- Dah siapppp, kuahnya....
Bahan-bahan B: Kicap Pedas
- 3 ulas bawang putih
- Cilipadi (ikut selera kepedasan anda)-buang tangkai tu yeee
- Jus limau kasturi
- Kicap lemak manis
- Gorengkan bawang putih dan cilipadi sebentar sampai bawang putih agak kekuningan (hati-hati ketika menggoreng kerana ada percikkan minyak)
- Setelah itu, kisarkan semua bahan yang digoreng tadi, jus limau kasturi dan kicap di dalam blender.
- Dah siappppp, jadi deh kicap pedas🤗
Bahan-bahan C: Ayam Carik
- 1/4 ayam (bahagian dada) yang telah diasingkan dari sup tadi digoreng hingga kekuningan dan dicarik-carik.
Bahan-Bahan Pelengkap Terakhir
- Daun sup dan daun bawang dihiris nipis-nipis
- Bawang goreng
- Tauge di reneh dalam air rebusan
- Limau kasturi
- Dan yang penting nasi impit laaaa🥰
SELAMAT MENCUBA!!!!!
by: cap ibu dan anak
Saturday, December 18, 2021
Resepi Spaghetti Bolognese Simple dan Sedap
Assalamualaikum dan hai semua!!!
Hari ni aku nak kongsikan resepi spaghetti bolognese. Simple dan Sedap. Spaghetti ni aku olah mengikut selera anak tekak melayu asli. Hehe. Yang pasti sedap dan mantap... Selamat mencuba!!!
Spaghetti Bolognese ala mieyaqeel |
Bahan-bahannya (Jumlah hidangan: 8-12 org dewasa)
- Spaghetti/Fettuccini (kimball) : 1 packet
- Sos Pasta (kimball/preggo) : 1 tin kecil
- Sosej : 4-5 batang - di potong kecil²
- Patty ayam/daging (ramlee) : 2-3 keping - di cincang halus
- Kentang : 1 biji - di potong dadu
- Carrot/lobak merah : 1/2 batang - di potong dadu
- Bawang holland : 1 biji - di potong dadu
- Bawang putih : 7 ulas - di mayang halus
- Cili api : ikut kepedasan korang, kalau tak nak pun tak pe
- Sos tomato : 2 sudu makan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Ajinamoto secukup rasa
- Masukkan air, sedikit garam dan minyak dan rebus sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan kacau supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
- Rebus sehingga dia agak lembut dan tidak terlalu kembang @(ikut minute di packet).
- Setelah masak, tapis dan biarkan dia sejuk.
- Panaskan minyak untuk menumis.
- Tumiskan bawang holland dan bawang putih yg telah dipotong seperti gambar diatas sehingga naik bau atau bawangnya lembut.
- Setelah itu, masukkan patty ayam/daging dan sosej, kacau sehingga agak2 masak.
- Masukkan kentang dan carrot, kacau sehingga lembut.
- Masukkan sos bolognese dan air (dalam 2 tin), kacau.
- Tambahkan 2 sudu makan sos tomato.
- Biarkan ia mendidih sehingga kelihatan agak pekat.
- Tambahkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
- Hiriskan cili api, masukkan dalam bolognese.
- Siap.....!!!!!!!! Dan selamat menjamu selera...
Tuesday, December 14, 2021
Sejarah Perlombongan di Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Assalamualaikum dan hai semua!!!
Entry kali ini aku nak berkongsi satu tempat yang aku lawat minggu lepas iaitu Muzium Bukit Besi. Muzium Bukit Besi ni baru je beroperasi sekitar Oktober/November 2021. Seperti yang kita tahu, Bukit Besi ini tekenal kerana ia merupakan tempat pengeluaran bijih timah yang terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Di manakah terletak Muzium Bukit Besi?
Bukit Besi terletak di Daerah Dungun 33 km dari bandar Dungun dan 77 km daripada Bandaraya Kuala Terengganu (ambil masa dalam sejam laa dari KT). Kawasan Bukit Besi ni tak la besar mane, semua tempat ada di satu tempat je. So, memang senang je nak jumpa.
Muzium Bukit Besi, Bandar Bersejarah, Bandar Perlombongan. |
Mercu Muzium Bukit Besi. |
Bijih Besi dalam batu-batu. |
Duit syiling lama yang digunakan pada ketika itu. |
Mesin taip. |
Mesin jahit. |
Proses dalam makmal setelah perlombongan bijih besi. |
Infographic lokasi perlombomgan. |
Friday, November 19, 2021
Cara mencegah diri dari Jangkitan Covid-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Soalan:
Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu/boleh diambil oleh individu/masyarakat dalam menangani penyakit berjangkit iaitu Covid-19? Huraikan.
Jawapan:
Pencegahan atau intervensi adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko atau ancaman kepada kesihatan mahupun kemalangan. Pencegahan boleh dikategori kepada tiga klafikasi iaitu:
- Pencegahan Primer (Primary Prevention)
- Pencegahan Sekunder (Secondary Prevention)
- Percegahan Tertiari (Tertiary Prevention)
- Penguatkuasaan (enforcement/legislation): Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
- Pendidikan Kesihatan (Health Education): Memperkenalkan norma selamat seperti penjarakkan sosial, membasuh tangan dengan kerap, sentiasa memakai penutup muka dan sebagainya untuk mengelak dari terkena jangkitan.
- Program Vaksinasi (Vaccination): Melaksanakan program vaksinasi kepada individu dimana ia dapat melindung diri daripada mendapat jangkitan yang memudaratkan.
- Pemeriksaan dan screening test
- Pengasingan atau kuarantin untuk mengelak dari merebak jangkitan tersebut.
- pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit atau simptom semakin melarat.
- Menjalankan rehabilitasi seperti bersenam supaya lebih cergas. Seperti kita tahu, individu yang terkena jangkitan Covid-19 cepat merasa letih dan malaise.
Sunday, November 14, 2021
Simptom atau Gejala pesakit Covid 19
- Suhu badan tinggi (Demam)
Peningkatan suhu badan dari aras normal adalah simptom/gejala awal yang dialami oleh setiap pesakit Covid 19. Demam yang dialami seperti panas dalam, sakit kepala dan sakit sendi/otot. Ada masa, tiba-tiba rasa sejuk seluruh badan sehingga rasa kekejangan otot bahagian kaki. Jadi pada masa ini, kita orang makan panadol untuk kawal suhu badan dan sakit badan.
- Selsema/flu/Batuk/Sakit tekak
Kita orang juga mengalami selsema/flu, batuk dan sakit tekak. Selsema ini menyebabkan hidung berair tetapi tidak berhingus. Hidung akan rasa tersumbat dan saluran pernafasan rasa sesak. Nak bernafas pun agak kurang puas.
- Hilang deria rasa dan bau
Bermula pada hari kedua/ketiga jangkitan, kita orang mengalami kehilangan rasa dan bau. Kehilangan rasa ibarat kita minum air teh tapi tidak rasa teh, makan maggi tapi tidak rasa maggi. Macam hilang nikmat gitu. Kalau hilang bau ibarat kau tak bau kentut kau sendiri. Begitu la simptom/gejalanya. Simptom/gejala paling lambat nak pulih. Sehingga hari ke-14 pun still tak boleh rasa dan bau. Tapi, atas diri masing-masing.
- Keletihan/Lesu
Badan akan rasa letih dan lesu. Rasa macam nak tidur dan baring atas katil sepanjang hari. Macam tak ada mood dan malas nak buat semua kerja. Ini kemungkinan sebab badan kita penat dengan demam, selsema itu semua.
- Cirit Birit
Ada juga yang mengalami cirit-birit. Simptom/gejala ini dikesan pada hari pertama/kedua macam tu la.
Itu adalah antara simptom/gejala yang kita orang alami sepanjang terkena jangkitan Covid 19. Di bawah klafikasi Cat-2A. Untuk makluman, ada orang yang positif Covid 19 tetapi tidak mengalami simptom/gejala seperti adik aku yang sorang ni memang tak ada langsung gejala dari hari pertama sehingga hari ke-14. Sihat je Alhamdulillah.
Ok lah, itu lah serba sedikit yang aku boleh kongsikan. Jaga diri semua!!!
Terima Kasih.
One Day Trip Singapore
Assalamualaikum semua!!! Hari ini nak share trip aku ke Singapore dalam satu hari sahaja pada November 2024. Trip kali ni aku pergi berdua...
-
Bismillahirrahmanirrahim.... Aku start cerita aku dgn Asasi, kehidupan aku lepas SPM. Cerita sebelum Asasi aku tak berapa nak ingat,...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku akan kongsikan satu resepi iaitu Soto Nasi Impit yang enak, sedap dan mudah. Boleh dihida...